Connect with us

Jambatan Angkat Terengganu Akan Mula Dibuka Sebelum Aidilfitri

Oh! Lifestyle

Jambatan Angkat Terengganu Akan Mula Dibuka Sebelum Aidilfitri

Nampaknya, jambatan angkat yang akan menjadi satu ikon terbaru buat negeri Terengganu dikatakan akan mula dibuka sebulum Hari Raya Aidilfitri.

Pembukaan ini juga bagi memastikan masalah kesesakan jalan raya terutama pada musim perayaan akan dapat ditangani dengan jambatan ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mengendalikan projek itu dijangka menyerahkannya kepada kerajaan negeri pada 30 Mei ini.


“Jika sebelum ini pengguna hanya boleh menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau jalan alternatif di Durian Burung, Manir, jambatan ini satu lagi pilihan yang akan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan dan cuti panjang,” katanya.

Untuk pengetahuan korang, jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut akan menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.

Jambatan angkat ini juga akan menjadi yang terpanjang di dunia dan disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top