Connect with us

Oh! Media

Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk

ohartis jackie chanjpg

Umum

Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk

Bintang terkenal antarabangsa, Jackie Chan telah dianugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Pelakon dari Hong Kong itu merupakan antara 71 penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Instiadat pengurniaan ini disempurnakan oleh Yang di-Pertua Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara.

Ini bukan kali pertama Malaysia menganugerahkan gelaran Datuk kepada bukan rakyat Malaysia, tetapi pada tahun 2008 aktor terkenal Bollywood juga turut menerima darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk.

IKLAN

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.

Meskipun begitu, ramai yang mempertikaikan sumbangan Jackie Chan terhadap negara ini sehingga dia layak menerima darjah seperti itu. Pendapat korang pula camne?

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas