Connect with us

Oh! Media

Isu Seluar Dalam, Komen Lelaki Ini Terhadap Arja Lee Sangat ‘Pedih’

ohmedia arja lee seluar dalamjpeg

Umum

Isu Seluar Dalam, Komen Lelaki Ini Terhadap Arja Lee Sangat ‘Pedih’

PETALING JAYA: Nama pelakon Arja Lee tiba-tiba menjadi bualan apabila memuatnaik video ke laman sosial Instagram yang menunjukkannya bermain bola sambil mengenakan seluar dalam.

Arja menerima kecaman hebat kerana rata-rata menganggap video tersebut tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana menampakkan bentuk alat sulitnya dengan begitu jelas.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pengurus pelakon tersebut mendakwa bahawa Instagram Arja telah digodam dan video tersebut telah dimuatnaik oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah.

“Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu,” ujarnya.

Apa yang pasti Arja menerima pelbagai kritikan daripada pengguna media sosial. Malah mereka meluahkan pendapat bahawa Arja sengaja mencari publisiti untuk dirinya.

Apapun, video berdurasi 12 saat itu dilaporkan sudah dipadam dari akaun Instagram Arja Lee dan pelakon Misiku Kuza itu masih belum bersedia untu bercakap dengan media dan mengakui berasa tertekan dan terkejut dengan perkara tersebut.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas