Connect with us

Oh! Media

Isu Rumahtangga Goyah: “Maaf, Saya Belum Bersedia Beri Komen” – Fasha Sandha

Umum

Isu Rumahtangga Goyah: “Maaf, Saya Belum Bersedia Beri Komen” – Fasha Sandha

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR: Rumah tangga pelakon terkenal, Fasha Sandha, dikatakan sedang bergolak sehingga mengheret beliau ke mahkamah ekoran keadaan itu.

Perkara berkenaan didedahkan sebuah portal berita yang mendakwa, keretakan rumah tangga aktres itu berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.

Memetik sumber terdekat kepada Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dikatakan dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama, baru-baru ini.

Ditanya persoalan itu kepada Fasha namun, pelakon Selamat Penganti Madu itu belum bersedia memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.”

Perkara berkenaan turut dikaitkan dengan pelakon, Nora Danish, yang juga bekas isteri Rizal, berdasarkan beberapa komen dan gambar dimuat naik di laman sosial Instagram. Namun, komen dan gambar berkenaan sudah pun dipadamkan oleh Fasha.

Berikut merupakan antara gambar yang dimuatnaik oleh Fasha baru-baru ini juga turut menjadi tanda tanya kerana ia berbuny;

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya.” 

Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2 tahun, serta Putri Raysha Jemyma, setahun.

Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia tujuh tahun.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas