Connect with us

Oh! Media

Isu Pelekat ‘Serve No Pork’ Tidak Boleh Diambil Tindakan?

Umum

Isu Pelekat ‘Serve No Pork’ Tidak Boleh Diambil Tindakan?

Kini tersebar pula pelekat yang bertulis ‘Serve No Pork’ yang digunakan pengusaha premis bukan Islam yang berlaku di Sabah. Penggunaan pelekat ini dipersoalkan oleh pelangga Islam kerana ia membuat kekeliruan kepada pelanggan.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Georgie Abas menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan undang-undang yang dapat dikenakan terhadap pelekat itu kerana masih belum ada sebarang larangan buat masa ini.

Katanya, tindakan hanya diambil jika premis terbabit meletakkan tanda halal bersama pelekat berkenaan atau memaparkan logo halal tanpa memiliki sijil yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Langkah mewajibkan pengusaha bukan Islam untuk mendapatkan tanda halal juga dilihat bukanlah sesuatu yang mudah selain ia memerlukan kos.

Untuk pengetahun korang, Persatuan Barisan Pengguna Sabah sebelum ini telah mencadangkan agar peraturan baharu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pelanggan Islam.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas