Connect with us

Oh! Media

Isu Jerebu, Penjual Jangan Menangguk Di Air Keruh! Kata Pengarah KPDNHEP Selangor

Umum

Isu Jerebu, Penjual Jangan Menangguk Di Air Keruh! Kata Pengarah KPDNHEP Selangor

Gambar sumber dari SelangorKini

Berhubung masalah jerebu yang sedang melanda negara sekarang, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata tindakan tegas dikenakan terhadap penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka.

ADVERTISEMENT

Tambahnya, tindakan boleh diambil kepada mana-mana pihak yan gbertindak menaikkan harga dengan tidak munasabah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Semua harga topeng muka itu dikawal KPDNHEP dalam memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan semasa jerebu ketika ini.

“Sehingga kini, terdapat 78 premis perniagaan yang menjual topeng muka termasuk farmasi dan kedai runcit sudah diperiksa namun kita tidak mengesan sebarang kenaikan harga. Harga runcit bagi topeng muka ditetapkan di antara 20 sen hingga 80 sen seunit bergantung pada lapisan topeng muka berkenaan. Bagi topeng muka N95 pula bernilai RM6 seunit.”

Orang ramai yang mempunyai maklumat mana-mana peniaga yang bertindak menaikkan harga jualan, boleh membuat aduan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas