Connect with us

Isteri Solehah Tapi Tidak Dengar Cakap Suami?

Umum

Isteri Solehah Tapi Tidak Dengar Cakap Suami?

Soalan:
Suami agak berada. Isteri seorang solehah. Jaga solat dan suka majlis ilmu dan tutup aurat dan selalu pergi umrah. Bolih dikatakan setiap tahun paling kurang 2 kali dia pergi umrah. Masalahnya ialah isteri tersebut tidak taat kepada suaminya. Dia tidak suka kalau suaminya melarang dia buat sesuatu. Adakah isteri tersebut dapat masuk syurga?

Jawapan:
Dari kenyataan di atas isteri nampaknya bukan wanita solehah tetapi isteri derhaka. Seorang isteri wajib taat kepada suaminya samada pada perbuatan atau perkataan. Dengan sebab tidak dengar cakap suaminya itu dia telah melakukan nusyuz yang berdosalah isteri tersebut.

Antara perbuatan isteri yang dikira sebagai nusyuz ialah :
– Tidak minta izin suami untuk keluar dari rumah.
– Tidak dengar cakap suami.
– Tidak mahu mengikuti ke mana suami tinggal.
– Tidak mahu membuka pintu rumahnya untuk suami.
– Tidak mengikuti kehendak suami di bilik tidur atau tidak tidur bersama suami.
– Tidak menjawab panggilan suami.
– Bercakap kasar pada suami dan menunjukkan raut muka yang tidak menyenangkan suami.

Oleh sebab itulah ramainya penghuni neraka di akhirat nanti ialah kaum wanita sebab mereka derhaka kepada suami.

Nabi saw bersabda:
اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء
“Aku telah melihat kepada syurga maka yang aku nampak ramai penghuninya adalah orang faqir dan aku melihat pula kepada neraka maka aku nampak ramai penghuninya adalah kaum wanita.” (Hadith Bukhari)

Pada hadith riwayat Abu Said r.a. para muslimat bertanya Nabi saw:
وبم يا رسول الله قال تكثرن اللعن وتكفرن العشير
“Sebab apakah ramai wanita di neraka wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Sebab banyak mencela dan tidak taatkan suami.” (Hadith Bukhari)

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top