Connect with us

Oh! Media

Isteri Perlu Taat Pada Suami Atau Ibunya?

Umum

Isteri Perlu Taat Pada Suami Atau Ibunya?

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada di kalangan kita yang keliru sama ada isteri kena taat pada suami atau ibunya. Jadi, apakah jawapanya?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN 

Seorang perempuan yang belum bersuami wajib ia taat kepada ibunya daripada orang lain.

Apabila dia sudah bersuami maka wajib dia taat suaminya daripada orang lain.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda :

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا


Artinya : “Jikalau aku boleh memerintahkan seseorang itu sujud bagi seseorang nescaya sudah aku perintahkan para isteri itu sujud bagi suaminya.” (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Telah berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Mubarakfuri :


قوله (لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها) أي لكثرة حقوقه عليها وعجزها عن القيام بشكرها وفي هذا غاية المبالغة لوجوب إطاعة المرأة في حق زوجها فإن السجدة لا تحل لغير الله


Artinya : “Maksud Nabi saw hendak menyuruh para isteri sujud bagi suami itu adalah kerana banyaknya hak suami atas bahu isteri dan lemah isteri dari mendirikan kesyukurannya. Dan pada ini adalah kehinggaan yang bersangatan kerana kerana kewajipan isteri menunaikan segala hak suami maka sungguhnya sujud bagi selain Allah itu tidak harus ia.” (Kitab Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan Tirmizi)

Telah berkata Imam Ahmad :


طاعة زوجها أوجب عليها من أمها


Artinya : “Taatkan suaminya lebih wajib atas isteri dari ibunya.” (Kitab Syarah Al-Muntaha)

Dan sebagaimana seorang isteri itu wajib taat kepada suaminya maka suami pula wajib taat kepada ibunya.

Dan diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

أعظمُ الناسِ حقاً على المرأةِ زوجُها وأعظمُ الناسِ حقاً على الرجلِ أُمُّهُ


Artinya : “Manusia yang yang paling besar haknya atas wanita itu ialah suaminya dan yang paling besar hak atas lelaki pula ialah ibunya.” (Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)

Kesimpulan

Seorang isteri wajib taat kepada suami melebihi dari taatkan ibunya.

Tetapi perlu diingat bahawa kewajipan taatkan ibu atau suami itu ialah pada perkara yang bukan maksiat. Ada pun jika perkara yang maksiat dan haram maka tidak boleh dia taat kepada ibu atau suaminya atau siapa jua pun.

Pada zaman sekarang hukum telah jadi terbalik yaitu suami taatkan isterinya manakala isteri taatkan ibunya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon  pembaca isteri perlu taat pada suami atau ibunya? di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas