Connect with us

Oh! Media

Isteri Minta Cerai Selepas Seminggu Lahirkan Bayi Sindrom Down

Umum

Isteri Minta Cerai Selepas Seminggu Lahirkan Bayi Sindrom Down

Seorang ibu sanggup mengambil tindakan menuntut penceraian dan meninggalkan suaminya hanya selepas seminggu melahirkan bayi mereka yang mengidap penyakit Sindrome Down.

ADVERTISEMENT

Isteri kepada Samuel Forrest membuat keputusan itu kerana percaya bahawa bayi yang diberi nama Leo itu akan membawa malu kepada keluarga.

Walaubagaimanapun, Samuel berikrar untuk menjadi bapa yang baik kepada anaknya dan kisah itu telah memberi ispirasi kepada orang ramai sehingga mendapat derma lebih dari £ 114,000 untuk menyokong ayah dan anak kecilnya itu.

Menceritakan detik pertama kali mengetahui kecacatan anaknya, Samuel yang berasal dari Auckland, New Zealand berkata, doktor telah mengucapkan tahniah kerana telah bergelar bapa buat pertama kalinya namun selepas itu doktor memaklumkan bahawa bayinya seorang pengidap Sindrom Down.

“Mereka membawa saya dalam untuk melihat dia dan saya melihat Leo dan berkata, dia cantik, dia sempurna dan saya benar-benar mahu menjaga dia.” jelas Samuel kita pertama kali melihat anaknya.

Walaubagaimapun, Isterinya yang melahirkan Leo di Armenia enggan menyentuh anak mereka kerana dalam budaya Armenia seorang kanak-kanak yang dilahirkan cacat akan memberi malu kepada keluarga.

Samuel agak terkejut dengan tindakan isterinya, malah dia telah diberi kata dua oleh isteri sekiranya mahu menjaga anak mereka itu maka dia akan ditinggalkan isterinya.

Lalu, Samuel membuat keputusan untuk terus menjaga anak mereka Leo maka seminggu kemudian isterinya telah menfailkan tuntutan cerai. Samuel bertekad akan membawa Leo kembali ke tanah airnya di New Zealand dan ia mendapat sokongan dari keluarga.

OHMEDIA: Anak yang cacat itu membawa rahmat. Semoga terus tabah buat Samuel dan Leo.

——————————————————————-
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas