Connect with us

Isteri Berkenalan Dengan Lelaki Lain Ketika Edah, Apakah Hukumnya?

Umum

Isteri Berkenalan Dengan Lelaki Lain Ketika Edah, Apakah Hukumnya?

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada antara kita pada ketika ini sedang menjalani tempoh edah. Oleh itu, apakah hukum jika seorang isteri mempunyai lelaki lain sehingga bercadang untuk berkahwin lepas habis edah?

JAWAPAN 

Seorang perempuan yang berada dalam edah selepas bercerai dengan suaminya masih lagi isteri orang.

Friman Allah Taala :

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاحا


Artinya : “Dan segala suami mereka (isteri-isteri yang diceraikan) lebih berhak dengan mengembalikan mereka kepada nikah pada masa edah itu jika mereka hendak berbaik.” (Baqarah : 228)

Oleh kerana itu haram perempuan itu berkenalan dengan lelaki lain atau berjanji hendak bernikah dengan lelaki lain kerana dia masih berstatus sebagai isteri orang di dalam edah.

Dan haram pula mana-mana lelaki yang meminangnya atau yang berjumpa dengan perempuan itu atau berhubung dengannya tanpa izin suaminya.

Berkata Imam Nawawi :

وَأَمَّا التَّعْرِيضُ فَيَحْرُمُ فِي عِدَّةِ الرَّجْعِيَّةِ


Artinya : “Dan ada pun meminang maka haram ia pada masa edah raj’ie.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Maksudnya ketika seorang perempuan itu masih berada dalam eddah dengan suaminya haram baginya berpakat hendak bernikah dengan lelaki lain kerana mengajak perempuan ini bernikah pada masa edah ini adalah sama seperti mengajak isteri orang bernikah.

Begitu juga haram mana-mana lelaki membuat hubungan dengan isteri yang dalam edah dan lebih haram lagi berjumpa dan berpakat untuk bernikah.

Dan lebih parah lagi apabila keluarga turut bersetuju dan memberi sokongan suapaya anak perempuannya yang masih isteri orang itu bernikah pula dengan lelaki pilihan mereka.

Wajib atas isteri tersebut meminta ampun dari suaminya dan lelaki itu serta kaum kelurga yang menyokong bertaubat kepada Allah.

Tersebut pada Himpunan Fatwa Negeri Mesir :

اتفق الفقهاء على أنه يحرم التصريح أو التَّعريض بخطبة المعتدة الرَّجعية؛ لأنَّها في معنى الزوجية؛ لعودها إلى النِّكاح بالرَّجعة


Artinya : “Telah sepakat ulamak fiqah atas sungguhnya haram meminang secara jelas atau sindiran akan isteri orang yang sedang berada dalam edah raj’ie kerana dia boleh kembali kepada nikah dengan rujuk.” (Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca isteri berkenalan dengan lelaki lain ketika edah, apakah hukumnya? di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top