Connect with us

Oh! Media

Isteri Ambil Wang Suami Secara Rahsia

cvvcfdxjpg

Umum

Isteri Ambil Wang Suami Secara Rahsia

Soalan:
Mohon pencerahan dengan masalah saya ini. Saya seorang isteri yang tidak berpendapatan dan tidak bekerja. Saya menggunakan duit suami secara rahsia untuk diberikan kepada ibu bapa.

Jawapan :
Pernah terjadi pada zaman Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah. Satu hari Hindun Binti ‘Utbah iaitu isteri kepada Abu Sufyan datang menemui Rasulullah untuk mengadu perihal suaminya. Kata beliau:

إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ ، لاَ يُعْطِينِي مِنَ النَّفَقَةِ مَا يَكْفِينِي وَيَكْفِي بَنِيَّ إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْ مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِي ذَلِكَ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ
“Sesungguhnya Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?” Sabda Rasulullah saw: “Ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.” [Riwayat al-Bukhari (2211) dan Muslim(4574)]

IKLAN

Hadis ini menjelaskan kepada kita akan keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan dirinya dan anaknya hanya jika suaminya tidak memberi nafkah yang sepatutnya diberikan kepadanya.

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyatakan antara faedah yang boleh diambil daripada hadis ini ialah barangsiapa yang ada hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dalam keadaan suaminya tidak memberikan haknya (iaitu nafkah) maka harus bagi isterinya mengambil haknya sekadar keperluan tanpa izin suaminya. Inilah mazhab ashab kami. [Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim (6/141)]

Bahkan boleh kita fahami di dalam hadis tersebut akan kewajipan seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-San’ani di dalam kitabnya Subul al-Salam.

Namun, perlu diingat ianya dibenarkan untuk diambil sekadar keperluan hanya jika si suami tidak memberikan nafkah. Akan tetapi jika suami memberikan nafkah yang secukupnya, maka tidak boleh mengambil duit tanpa izin daripada suami.

Kami cadangkan agar duit yang diberikan oleh suami puan itulah yang digunakan untuk diberikan kepada ibu bapa. Kedua, jika duit itu hanya cukup untuk keperluan puan dan anak-anak, dalam keadaan puan ingin juga memberikan kepada ibu bapa, maka berbincanglah secara baik dengan suami. Perbuatan puan yang mengambil secara rahsia tanpa pengetahuan suami ditakuti akan mengeruhkan rumah tangga puan.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas