Connect with us

Oh! Media

Dituduh ‘Block’ Akaun Sosial Media Milik Ali Puteh, Balu Arwah Abam Enggan Ulas Lanjut

Oh! Artis

Dituduh ‘Block’ Akaun Sosial Media Milik Ali Puteh, Balu Arwah Abam Enggan Ulas Lanjut

Semalam Ohmedia baru jer cerita tentang pelawak Ali Puteh nak bersemuka dan menjernihkan  keadaan semula dengan balu arwah Abam Bocey tetapi niatnya terhalang apabila peluangnya untuk berbuat demikian tidak kesampaian apabila akaun media sosial’nya juga disekat.

ADVERTISEMENT

BACA: Ali Puteh Rindu Anak Arwah Abam, Hanya Mampu Lihat Syed Uthman Di Media Sosial

Menurut laporan Astro Gempak, isteri kepada arwah Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengulas panjang mengenai kenyataan yang dibuat oleh adik iparnya itu.

Untuk hal ini, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini. Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga. Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan.

Tak apalah Hidayah. Pastinya anda sebagai ibu tahu apa yang terbaik untuk anak. Ohmedia doakan agar korang berdua dapat selesaikan hal ini secara baik dan  dapat bersama-sama seperti dahulu. Semoga Hamzah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta mentaati kepada ibunya. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: COMEL BETUL TENGOK HAMZAH! GERAM JER TENGOK.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas