Connect with us

Oh! Media

Israel Langgar Perjanjian, Sekat Cukai Rakyat Palestin RM176 Juta

ohmedia2bisrael2bsekatpng

Umum

Israel Langgar Perjanjian, Sekat Cukai Rakyat Palestin RM176 Juta

Apa lagi agaknya alasan yang akan diberikan Israel? Baru-baru ini, Kabinet Keselamatan Israel telah memutuskan untuk menahan cukai yang dibayar penduduk Palestin berjumlah AS$43 juta atau RM176 juta. Seperti biasa, mereka mengatakan cukai ini jika diberikan akan digunakan untuk menggalakkan keganasan.

Media Israel turut melaporkan yang rejim Zionis mendakwa penduduk Palestin telah memberikan dana kepada keluarga pejuang yang dipenjara dan dibunuh dalam serangan Israel di dalam tabung yang dinamakan Dana Syahid.

Dengan ini, ia timbul rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Palestin yang membayar cukai apabila dalam perjanjian sebelum ini, Israel telah bersetuju untuk mengutip cukai kastam dan lain-lain bagi pihak Palestin dan akan memindahkan wang berkenaan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

IKLAN

Pegawai Palestin, Hanan Ashrawi, mengutuk tindakan Zionis itu, menyifatkan ia ‘kecurian dan ugutan politik yang nyata’.

Ini jelas melanggar hak penduduk Palestin dan perjanjian ditandatangani selain ia adalah tindakan jenayah. – Katanya

Kita tidak tahu sampai bila Israel akan bersifat kejam kepada rakyat Palestin. Tetapi apa yang kita perlu tahu adalah untuk terus mengetahui perkembangan mereka dan sebarkan apa yang berlaku di sana agar dunia terus celik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas