Connect with us

Oh! Media

Israel Sasar Terowong Bawah Tanah Di Semenanjung Gaza

Umum

Israel Sasar Terowong Bawah Tanah Di Semenanjung Gaza

Israel memberi amaran bahawa pihaknya kini bersiap sedia untuk melancarkan lebih banyak serangan udara yang mensasarkan terowong bawah tanah di Palestin.

ADVERTISEMENT

Seorang jurucakap Anggota Pertahanan Israel memberitahu bahawa pihak mereka akan merancang untuk melancarkan serangan udara terbaharu di beberapa lokasi jaringan terowong di Semananjung Gaza

Tindakkan itu dibuat selepas Israel menuduh pejuang Hamas menggunakan terowong itu untuk melancarkan serangan ke atas negara zionis itu.

Serangan bom itu dilaporkan akan menyasarkan dua bahagian terowong yang sebelum ini tidak musnah dalam serangan tentera Israel empat hari lepas.

Sementara itu, Menteri Perisikan Israhell, Eli Cohen berkata, pihak mereka memilih untuk memutuskan bekalan elektrik di Gaza selain turut mengendahkan desakkan untuk melakukan genjatan senjata.

Saya rasa perkara seterusnya yang akan kami lakukan dan dibawa ke kabinet adalah untuk menyekat bekalan elektrik di Gaza.

Buat masa ini, tiada sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata berlaku di kabinet.

Katanya, walaupun mendapat desakkan antarabangsa untuk melaksanakan genjatan senjata, dia mengendahkannya demi penduduk Israel.

Menurut Mohammed Thabet, jurucakap Gaza Electricity Distrubution Co., enam daripada sepuluh barisan kuasa elektrik di Gaza telah dipotong akibat daripada serangan udara yang dilancarkan oleh Israel pada ahad lalu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas