Connect with us

Oh! Media

Isra’ Mi’raj: Ummu Sulaim Berada Di Syurga

Umum

Isra’ Mi’raj: Ummu Sulaim Berada Di Syurga

Islam adalah agama untuk lelaki dan wanita dan tidak ada diskriminasi keduanya. Yang membezakan mereka di sisi Allah adalah taqwanya sahaja. Demikian juga di syurga. Allah jadikan tempat yang agung itu untuk orang yang beriman lelaki mahupun wanita. Allah memberi khabar gembira kepada kaum wanita dalam peristiwa Mi’raj Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa ada wanita biasa, bukan keluarga Nabi, bukan pula golongan bangsawan atau anak raja yang boleh masuk syurga.

ADVERTISEMENT

روى مسلم عن أنس بن مالك رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: “دَخَلْتُ الجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْفَةً، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ قَالُوا: هَذِهِ الْغُمَيْصَاءُ بِنْتُ مِلْحَانَ أُمُّ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ”!
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku memasuki syurga dengar sesuatu (suara dari gerakan).” Aku berkata: “Siapa itu?” Mereka menjawab: “Ini adalah Ghumaisha binti Milhan (Ummu Sulaim), ibunya Anas bin Malik.” (HR. Muslim dalam Kitab Fadhail ash-Shahabah Bab Fadail Ummu Sulaim, 2456)

Teks hadits menjelaskan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memasuki syurga bukan dalam mimpi. Ertinya fizikal beliau benar-benar memasukinya. Dan tentu saja hal itu tidak terjadi kecuali dalam peristiwa Mi’raj. Dalam hadis lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihat Ummu Sulaim radhiallahu ‘anha berada di dalam syurga melalui mimpi beliau. Hal ini semakin menguatkan kedudukan Ummu Sulaim di syurga.

روى النسائي عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “أُرِيتُ أَنِّي أُدْخِلْتُ الجَنَّةَ فَإِذَا أَنَا بِالرُّمَيْصَاءِ امْرَأَةِ أَبِي طَلْحَةَ، أُمِّ سُلَيْ
Diriwayatkan oleh an-Nasai dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku diperlihatkan bahawa aku memasuki syurga. Ku lihat ada Ghumaisha, isterinya Abu Thalhah, yakni Ummu Sulaim.” (HR. al-Bukhari dalam Kitab Fadhail ash-Shahabah, 3467. An-Nasai 8385. Dan Ahmad 15044)

Dalam riwayat lain, disebutkan Ummu Sulaim bersama Bilal bin Rabah radhiallahu ‘anhu. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“أُرِيتُ الجَنَّةَ فَرَأَيْتُ امْرَأَةَ أَبِي طَلْحَةَ، ثُمَّ سَمِعْتُ خَشْخَشَةً أَمَامِي فَإِذَا بِلاَلٌ
“Aku diperlihatkan syurga. Di dalamnya ku lihat isteri Abu Thalhah. Kemudian aku mendengar suara gerakan di depanku. Ternyata itu Bilal.” (HR. Muslim dalam kitab Fadhail ash-Shahabah 2457)

Dalam riwayat lain, juga dari Jabir, Ummu Sulaim disebut bersama Bilal, dan Umar bin al-Khattab. Dari Jabi radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

رَأَيْتُنِي دَخَلْتُ الجَنَّةَ، فَإِذَا أَنَا بِالرُّمَيْصَاءِ، امْرَأَةِ أَبِي طَلْحَةَ، وَسَمِعْتُ خَشَفَةً، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: هَذَا بِلاَلٌ. وَرَأَيْتُ قَصْرًا بِفِنَائِهِ جَارِيَةٌ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: لِعُمَرَ. فَأَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَهُ فَأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَذَكَرْتُ غَيْرَتَكَ”. فقال عمر: بأبي وأمِّي يا رسول الله أعليك أغار
Aku lihat diriku sedang berada di syurga. Ku lihat ada Ghumaisha, isterinya Abu Thalhah. Kemudian aku mendengar suara gerakan. Aku bertanya: “Siapa itu?” Ia menjawab: “Bilal.” Aku juga melihat istana yang di halamannya terdapat seorang wanita. Aku bertanya: “Milik siapa ini?” Ia menjawab: “Milik Umar.” Aku ingin memasukinya untuk melihat-lihat. Tapi aku teringat rasa cemburu Umar. Umar berkata: “Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah, apakah terhadap dirimu patut aku cemburu.” (HR. al-Bukhari dalam kitab Fadhail ash-Shahabah 3476)

Banyak kaum Muslimin tidak mengenal wanita yang mulia ini. Wanita yang Allah berikan keutamaan dan anugerah dengan kedudukan yang sedemikian mulia. Secara umum, kisah beliau tak diketahui. Akan tetapi Allah Ta’ala menampakkan sesuatu yang istimewa yang tersimpan dalam hatinya. Dan membuatnya termasuk di antara orang yang mulia yang berada di tempat mulia di negeri abadi sana.


Ummu Sulaim radhiallahu ‘anha adalah seorang wanita yang zuhud terhadap dunia. Sehingga Allah membalasnya dengan kurnia besar di akhirat padahal dia masih berada di dunia. Diriwayatkan oleh an-Nasai, Anas radhiallahu ‘anhu -putera Ummu Sulaim- bercerita:

Suatu hari, Abu Thalhah melamar Ummu Sulaim. Ummu Sulaim membalas dengan mengatakan: “Abu Thalhah, bukankah Tuhan yang kamu sembah adalah sebuah kayu yang tumbuh dari tanah. Kemudian dibuat oleh orang-orang Habasyi dari bani Fulan?” “Betul”, jawab Abu Thalhah.


Ummu Sulaim berkata: “Janganlah kamu melamarku jika kamu menyembah kayu yang tumbuh dari bumi itu, yang dibuat oleh orang-orang Habasyi dari bani Fulan. Jika kamu memeluk Islam, aku tak menginginkan (mahar) apapun dari kamu selain itu.” “Baiklah. Aku fikir dulu urusan ini”, jawab Abu Thalhah mempertimbangkan.


Kemudian Abu Thalhah pulang. Beberapa lama kemudian dia datang kembali. Dia berkata: “Asyhadu an laa ilaaha illallaah. Wa anna Muhammadan Rasulullah. (Aku bersaksi tidak ada sembahan yang benar kecuali Allah. Dan Muhammad adalah utusan Allah).” Ummu Sulaim berkata: “Hai Anas, nikahkanlah Abu Thalhah.”


Tsabit -salah seorang perawi hadits ini- berkata: “Aku tak pernah mendengar seorang pun wanita, yang mahar nikahnya lebih mulia dibanding Ummu Sulaim. Maharnya masuk Islam. Kemudian mereka tinggal bersama dan dikurniakan anak.” (HR. an-Nasai dalam Kitab an-Nikah 5395 dan al-Hakim 2735)

Ini di antara kemuliaan Ummu Sulaim. Dan masih banyak lagi kisah-kisah keutamaan beliau. Sebagaimana termaktub dalam al-Isti’ab oleh Ibnu Abdil Bar, Asad al-Ghabah oleh Ibnu al-Atsir, as-Siyar oleh adz-Dzahabi, dan al-Ishabah oleh Ibnu Hajar al-Asqalani. Umat Islam yang bercita-cita masuk syurga hendaknya merenungkan kisah-kisah kehidupan Ummu Sulaim. Bagaimana kuatnya iman dan besarnya usaha yang dilakukan Ummu Sulaim. Demikian juga dengan Umar dan Bilal. Agar mereka dapat meneladani orang-orang yang sudah dipastikan masuk syurga. Mereka yang langsung disebut melalui lisan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Jika kita renungkan kisah tiga orang sahabat yang dilihat di syurga ini, Allah hendak mengajarkan kita sebuah nilai. Allah Ta’ala tidak hanya menjelaskan kepada kita tentang kedudukan tiga orang sahabat mulia ini, tetapi Allah menampakkan teladan bahawa syurga itu tidak mendiskriminasi kedudukan seseorang dan jenis jantinanya.

Umar adalah seorang lelaki merdeka, ketua negara dan pemimpin orang-orang yang beriman. Sedangkan Bilal adalah seorang yang pernah menjadi hamba sahaya. Dia dikenal dengan kemiskinan dan tak memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Dan Ummu Sulaim mewakili kaum wanita biasa. Jadi, syurga itu Allah peruntukkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tidak dipandang dia seorang merdeka atau hamba, kaya atau miskin, berkedudukan atau rakyat biasa, lelaki atau perempuan. Allah membuka peluang siapa pun untuk masuk syurga asalkan mereka beriman dan beramal soleh.

+ Nurfitri Hadi | Kisah Muslim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas