Connect with us

Oh! Media

Ismail Izzani Dikecam Netizen Kerana Riak Dan Sengaja Ingin Tunjuk Kemewahan?

Umum

Ismail Izzani Dikecam Netizen Kerana Riak Dan Sengaja Ingin Tunjuk Kemewahan?

Baru umur 19 tahun, Ismail Izzani dah mampu beli kereta Mercedes Benz CLA 200 tau! Kau ada? Hahaha. Mail ada berkongsi gambar dengan kereta terbarunya di social media tetapi ramai pula netizen dengki tengok dia. Ada yang anggap Mail ni riak dan sengaja nak tunjuk kemewahan yang dia ada. Lah, Mail just nak share je pencapaian dia sepanjang bergelar anak seni.

ADVERTISEMENT

Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riak. Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi apa yang sama miliki atas usaha dan titik peluh sendiri bukannya nak berbangga diri semata-mata! Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya. Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius. Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah masing-masing ada cara utuk meluahkan pendapat dan saya terima apa saja komen mereka.

Sis suka tengok cara Ismail berusaha membeli kereta dengan duit sendiri. Dahlah dia tak ambil SPM tetapi dia berjaya membuktikan yang dia boleh berjaya dalam hidup tau. Daripada korang yang suka mengutuk dia, lebih baik korang fikir macam mana nak jadi orang yang berjaya macam Ismail Izzani.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas