Connect with us

Oh! Media

Iqram Dinzly Mohon Maaf Tersasul Gelar Nama Rasulullah Sebagai “Che Mat”

Umum

Iqram Dinzly Mohon Maaf Tersasul Gelar Nama Rasulullah Sebagai “Che Mat”

Selepas tenggelam tidak timbul-timbul dek kerana lambakan para pelakon muda yang ada sekarang ni, tiba-tiba nama Iqram Dinzly bermain di media sosial. Semuanya kerana akti macam orang tak betul di Instagram miliknya yang menyebabkan ramai menyangka pelakon ini dah gila ataupun tertekan dengan kehidupannya.

ADVERTISEMENT

Ahad lalu, Iqram Dinzly dijemput ke program Melodi untuk memberikan kenyataan secara langsung di kaca TV. Dalam temebual tersebut, Iqram Dinzly mengakui yang gurunya adalah Che Mat dan kemudian menjelaskan yang Che Mat itu adalah Nabi Muhammad S.A.W sekaligus mengundang rasa kemarahan orang ramai.

“Alangkan nama Sultan atau Agong kalau kita tersalah sebut pun dah boleh dikenakan Akta Hasutan, inikan pula nama seorang Nabi yang teragung,” komen netizen di di Facebook.


Ustaz Abu Syafiq menerusi video di atas juga menyelar tindakan Iqram Dinzly sebagai tidak menghormati Rasulullah selain meminta para ulama dan majlis agama mengambil tindakan terhadap selebriti itu. Iqram Dinzly dalam jawapannya menyatakan yang ianya hanya kesilapan akibat tersasul apapun ianya tidak diterima peminat.


Wallahualam. Biasalah manusia boleh tersilap cakap kan? Sebenarnya kegilaan apa yang sedang cuba dilakukan si Iqram Dinzly Pinciqy Kebumm Kebamm Intan Payung Kiki ni? Tak pernah lagi ada orang tergamak gelar Rasulullah macam tu secara live pula lagi. Kalau macam ni jadinya, elok hang tenggelam terus tak timbul-timbul aje bro itulah yang terbaik.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas