Connect with us

Oh! Media

Iphone 11, Peranti Mercu Seterusnya Untuk Apple!

Umum

Iphone 11, Peranti Mercu Seterusnya Untuk Apple!

Sumber dari What Hi-Fi

Kira-kira kurang tiga minggu lagi Iphone 11 akan dilancarkan secara rasminya oleh Apple. Walaupun belum dilancarkan, terdapat ura-ura mengenai spesifikasi dan rupa bentuk peranti mercu dari Apple berkenaan.

ADVERTISEMENT

Iphone 11 dikatakan mempunyai persamaan rupa bentuk dengan Iphone XS Max dengan kemasan gelas dan logam sebagai pelengkap. Tidak dapat dipastikan sama ada Apple akan mengekalkan “notch” seperti Iphone XS Max. Skrin bahagian hadapan pula dilengkapi dengan skrin OLED yang menjanjikan warna skrin yang lebih baik dari LCD.

Sumber dari BGR

Khabar angin juga mengatakan bahawa Apple akan mengeluarkan tiga jenis Iphone 11, buat masa sekarang yang Ohmedia dapat info, Iphone 11 akan menggunakan nama “Pro”. Ada juga youtuber diluar sana mengatakan Iphone 11 akan mengunakan nama Iphone 11, Iphone 11 Max dan Iphone 11R.

Untuk pertama kalinya, Apple mengeluarkan Iphone dengan tri kamera yang disusun seakan Huawei P20 Mate Pro yang diletakkan sebelah kiri paling atas telefon. Setakat ini belum ada info yang menjelaskan fungsi kamera ketiga. Namun ada yang mengatakan kali ini Apple meletakkan fungsi wide angle pada peranti mercu ini.

Sumber dari BGR

Selain itu, khabar angin mengatakan bahawa, terdapat dua versi kamera untuk Iphone 11 kali ini. Versi pertama yang tertiris di Internet, benjolan kameranya lebih ketara berbanding dengan versi yang kedua yang dikatakan sebagai model sebenar Iphone 11.

Disamping itu, port pengecasan Lighthing masih dikekalkan. Namun kabel pencengecasan USB jenis-C akan disertakan sekali dengan tujuan memudahkan peranti berkenaan disambung pada MacBook.

Sumber dari Tehnoezh

Bagi spesifikasi kali ini, Iphone XI akan menggunakan cip pemprosesan A13 dibuat dengan proses 7nm+ untuk kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding dengan kesemua model Iphone X, XS, XR dan X Max yang menggunakan chip A12.

Khabar angin mengatakan saiz skrin juga didatangkan dengan saiz 5.8, 6.1 dan 6.5 inci. Untuk pemprosesan memori, peranti ini dilengkapi dengan 4 gigabait RAM manakala untuk storan memori belum dapat dipastikan lagi sama ada masih menggunakan variasi storan yang sama seperti sebelum ini.

Sumber dari Olixar

Apple kali ini membawa kelainan apabila turut menyertakan Apple Pencil Support. Tidak pasti sama ada Iphone 11 ini dilengkapi slot untuk menyimpan pensil berkenaan seperti Samsung Note 9.

Kalau korang ada info tambahan tentang Iphone 11 ni, bolehlah kongsikan diruangan komen artikel di Facebook. Pastikan dengan link artikel yang korang rujuk ya! Senang Ohmedia nak baca.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas