Connect with us

Oh! Media

Inilah Isteri Solehah

Umum

Inilah Isteri Solehah

Ini adalah kisah seorang tabi’in (mereka yang sempat bertemu sahabat, tetapi tidak sempat bertemu Nabi) bernama Syuraih al-Qadhi dan isterinya yang solehah. Syuraih adalah seorang yang dilantik oleh Khalifah Umar Al-Khattab menjadi hakim di wilayah kekhalifahan Islam.
Setelah Syuraih menikah dengan seorang wanita Bani Tamim, dia berkata kepada Sya’bi (seorang tabi’in) yakni salah seorang sahabatnya: “Wahai Sya’bi menikahlah dengan wanita Bani Tamim kerana mereka adalah sebenar-benar wanita.”
Sya’bi bertanya: “Bagaimana hal itu?”
Syuraih bercerita: “Aku melewati kampung Bani Tamim. Aku melihat seorang wanita duduk di atas tikar, di depannya duduk seorang wanita muda yang cantik. Aku meminta minum kepada mereka.” Wanita itu berkata kepadaku: “Minuman apa yang kamu sukai?” Aku menjawab: “Seadanya.” Wanita itu berkata: “Beri dia susu. Aku menduga dia orang asing.”
Syuraih berkata: “Selesai minum aku melihat wanita muda itu. Aku mengaguminya. Aku bertanya kepada wanita itu tentang wanita muda tersebut.” Wanita itu menjawab: “Anakku.” Aku bertanya, “Siapa ayahnya dan bagaimana asal usulnya.” Wanita itu menjawab: “Zaenab binti Hadhir dari Bani Hanzhalah.” Aku bertanya: “Dia kosong atau berisi (maksudnya bersuami atau tidak)?” Wanita itu menjawab: “Kosong.” Aku bertanya: “Kamu bersedia menikahkanku dengannya?” Wanita itu menjawab: “Ya, jika kamu sekufu’ (sepadan).”
Aku meninggalkannya pulang ke rumah untuk beristirehat, tetapi aku tidak boleh tidur. Selesai solat aku mengajak beberapa orang saudaraku dari kalangan orang-orang yang terhormat. Aku solat asar bersama mereka. Ternyata pakciknya telah menunggu.
Pakciknya bertanya: “Wahai Abu Umayyah (Syuraih), apa keperluanmu?”
Aku menjelaskan keinginanku, lalu dia menikahkanku. Orang-orang memberiku ucapan selamat, kemudian majlis selesai. Begitu sampai di rumah aku merasa menyesal. Aku berkata dalam hati: “Aku telah menikah dengan keluarga Arab yang paling keras dan kasar.” Aku ingat bahawa wanita-wanita Bani Tamim mereka keras hatinya. Aku berniat menceraikannya, kemudian aku berubah fikiran. Jangan ditalak dulu, jika baik. Jika tidak, barulah ditalak.
Berapa hari setelah itu para wanita Tamim datang menghantarkan isteriku kepadaku. Ketika dia didudukkan di rumah, aku berkata kepadanya, “Wahai isteriku, termasuk sunnah jika laki-laki bersama dengan isterinya untuk solat dua rakaat.” Aku berdiri solat, kemudian aku melihat ke belakang, ternyata dia juga solat. Selesai solat para pelayannya menyiapkan pakaianku dan memakaikan jubah yang telah dicelup dengan minyak za’faran.
Apabila rumah telah sepi, aku mendekatinya. Aku menghulurkan tangan ke arah isteriku. Isteriku berkata: “Tetaplah di tempatmu.” Aku berkata kepada diriku: “Sebuah musibah telah menimpaku.” Aku memuji Allah dan membaca selawat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Isteriku berkata: “Aku adalah wanita Arab. Demi Allah, aku tidak melangkah kecuali untuk perkara yang diredhai Allah. Dan kamu adalah laki-laki asing, aku tidak mengenal akhlak keperibadianmu. Katakan apa yang kamu sukai, sehingga aku boleh melakukannya. Dan katakan apa yang kamu benci, sehingga aku boleh menjauhinya.” Aku berkata kepadanya: “Aku suka ini dan ini (aku menyebut ucapan-ucapan, perbuatan-perbuatan, dan makanan-makanan yang aku sukai) dan juga membenci ini dan ini.”
Isteriku bertanya lagi: “Jelaskan kepadaku tentang kaum kerabatmu. Apakah kamu ingin mereka mengunjungimu?” Aku menjawab: “Aku seorang hakim. Aku tidak mahu mereka membuatku jenuh.”
Aku melalui malam yang penuh kenikmatan. Aku tinggal bersamanya selama tiga hari. Kemudian aku pergi ke majlis pengadilan (mulai bekerja kembali). Tidak ada hari yang aku lalui tanpa kebaikan darinya.
Satu tahun kemudian (setelah pernikahan kami), tatkala aku pulang ke rumah, aku melihat seorang wanita tua yang memerintah dan melarang, ternyata itu adalah ibu mertuaku. Aku berkata kepada ibu mertuaku: “Selamat datang.” Ibu mertuaku berkata: “Wahai Abu Umayyah, apa khabarmu?” Aku menjawab: “Baik, alhamdulillah.” Ibu mertuaku bertanya: “Bagaimana isterimu?” Aku menjawab: “Wanita terbaik dan teman yang menyenangkan. Ibu telah mendidiknya dengan baik dan mengajarkan budi pekerti dengan baik pula kepadanya.”
Ibu mertuaku berkata: “Seorang wanita tidak terlihat dalam suatu keadaan dimana perilakunya paling buruk kecuali dalam dua keadaan. Jika dia telah memperoleh tempat di sisi suaminya dan jika dia telah melahirkan anak. Jika kamu melihat sesuatu yang membuatmu marah darinya, maka pukullah (dengan pukulan yang membimbing, tidak membekas). Kerana laki-laki tidak memperoleh keburukan di rumahnya kecuali dari wanita bodoh dan manja.”
Syuraih berkata sahabatnya Sya’bi: “Dua puluh tahun aku bersamanya. Aku tidak pernah mencelanya atau marah kepadanya.”
Pengajaran dari kisah:
1. Seorang laki-laki harus teguh dalam beragama.
2. Seorang laki-laki harus cepat-cepat menikah jika hatinya telah mencintai seorang wanita, kerana dikhuatirkan dia akan terfitnah.
3. Memilih wanita sebagai isteri dan meneliti keluarganya sebelum menikah.
4. Bertawakal kepada Allah, tidak takut menghadapi masa depan dan berharap terhadap kejayaan pernikahan.
5. Berlemah lembut terhadap isteri, terutama di awal-awal pernikahan untuk mewujudkan saling mencintai di antara suami isteri dan menghilangkan rasa takut seorang gadis.
6. Hendaknya suami isteri memperhatikan penampilannya, agar cinta keduanya tetap utuh dan keduanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan yang menggoda mata dan hati.
7. Hendaknya seorang wanita mempunyai akal jernih, kerana hal itu membantu pemahaman dan mengimbangi suami dalam segala sesuatu yang sesuai dengan tabiat akhlaknya.
8. Hendaknya suami isteri saling memahami semenjak mulanya kehidupan suami isteri. Kerana hal itu dapat mewujudkan ketenteraman, ketenangan, terhindar dari masalah dan perselisihan. Dan hal itu boleh dicapai bila suami menjelaskan kepada isteri tentang:
-Sifat-sifat buruk yang tidak ingin dimiliki oleh seorang istri.
-Perilaku-perilaku yang tidak disukainya pada diri wanita secara umum, agar isteri menghindarinya seboleh mungkin.
9. Siapa saja dari teman-temannya yang boleh berhubungan dengannya, baik dari keluarga, tetangga atau teman-teman, maka suami memiliki hak penuh dalam menentukan siapa yang boleh masuk rumahnya dan siapa yang dikunjungi oleh isterinya atau berhubungan dengannya.
10. Hendaknya isteri berusaha memasak makanan kesukaan suami dan menjauhi apa yang tidak disukainya. Memakai warna yang dia sukai dan menjauhi yang dibencinya. Kerana isteri berpakaian cantik untuk suami dan itu termasuk berhiasnya seorang wanita bagi suaminya.
11. Hendaknya isteri memperhatikan ucapan suami dengan sebaik-baiknya. Hal itu akan membantunya untuk memahami dan mengerti maksudnya, sehingga dia boleh menunaikan perintahnya dengan baik.
12. Kewajiban isteri untuk taat kepada suami dalam setiap perintahnya, tanpa membantah, selama suami tidak memerintahkannya kepada apa yang menyelisihi perintah Allah Tabaraka wa Ta’ala dan Rasul-Nya shallallah ‘alaihi wa sallam.
13. Keluarga isteri mempunyai kedudukan dan penghormatan dari pihak suami. Hanya saja hal itu bukan alasan yang membolehkan mereka untuk mengunjungi anak mereka tanpa izin dan redha suaminya. Oleh kerana itu, hendaknya isteri mengetahui sejauh mana kesediaan suami menerima kunjungan salah seorang keluarganya di rumah suaminya. Perkaranya tidak memerlukan pertanyaan, orang berakal boleh mengerti, walaupun dari ucapan yang tidak berterus terang. Kerana sebahagian isteri marah jika suami menyatakan keberatannya secara terang-terangan atas keluar masuknya salah seorang keluarganya. Suami pulang hendak mencari ketenangan di rumahnya, dia memendam hal ini kerana takut isterinya marah. Suami diam, tetapi dia tertekan. Ini jelas mempengaruhi keharmonian hubungan suami isteri dan menjadi penyebab terjadinya sengketa di antara mereka berdua setelah kunjungan kaum kerabat tersebut.
14. Ibu yang solehah dan wanita pendidik yang baik, pengaruhnya membekas pada diri puterinya. Seorang ibu berusaha agar rumah tangga puterinya bahagia dan berhasil. Kerana hal itu termasuk kewajibannya yang penting setelah anaknya pindah ke rumah suaminya, ibu tidak masuk campur dalam rumah tangga puterinya kecuali dalam keadaan darurat dan demi meraih kebaikan hubungan suami istri. Dalam hal ini, ibu harus menghindari perasaan yang tidak sepatutnya dalam setiap perselisihan yang didengannya dari pernikahan anaknya.
15. Ancaman memukul tidak secara melampau digunakan dalam memperbaiki hubungan suami isteri.
16. Jika suami dan isteri berperilaku seperti yang dijelaskan, nescaya keduanya akan menikmati kehiduapan rumah tangga yang bahagia. Isteri tidak menemui hal-hal yang mengotori kebahagiannya. Suami berbahagia dengan isterinya yang solehah dan dapat membahagiakannya.
17. Hendaknya suami tidak memanjakan isteri dan mencari redhanya secara berlebih-lebihan. Kerana jika seorang wanita melihat kedudukannya dan posisinya di sisi suaminya begitu dimanja, nescaya dia akan tinggi hati dan sombong, dan mungkin saja menjadikannya tidak memperdulikan ucapan suami yang marah kepadanya kerana kesalahannya.
18. Suami yang berbahagia di rumah akan berhasil pula dalam pekerjaannya.
Sumber: Ensiklopedia Kisah Generasi Salaf

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas