Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Kenapa Pekerja Asing Suka Berhijrah Ke Malaysia. Patutla!

Umum

Ini Sebab Kenapa Pekerja Asing Suka Berhijrah Ke Malaysia. Patutla!

 

ADVERTISEMENT

Satu kaji selidik mendapati Malaysia merupakan antara tiga negara yang paling dirasai selesa oleh ekspatriat, walaupun belum sampai setahun tempoh perpindahan mereka.

Menurut kaji selidik HSBC Expat Explorer 2015, Malaysia menduduki tempat ketiga dengan kadar keselesaan 61 peratus, manakala Bahrain menduduki tempat teratas dengan 66 peratus dan India di tempat kedua dengan 63 peratus.

Malaysia Negara Ketiga Paling Disuka Oleh Pekerja Asing Untuk Berhijrah

Kaji selidik yang tersiar dalam laman sesawangnya semalam juga menunjukkan bahawa walaupun majoriti ekspatriat di Malaysia berpendapat ikatan persahabatan merupakan perkara penting yang menyebabkan mereka berasa selesa, sesetengahnya pula berkata mereka berasa selesa kerana keluarga masing-masing gembira dengan kehidupan di negara baharu.

Ikatan Persahabatan Menyebabkan Mereka Berasa Selesa

Beberapa ekspatriat berkata kebolehan menggunakan bahasa tempatan adalah perkara penting untuk menikmati keselesaan apabila tinggal di Malaysia, manakala yang lain pula berpendapat bahawa memahami budaya tempatan membantu mereka untuk berasa lebih rapat dengan negara ini.

Merasakan Diri Sebagai Orang Tempatan

Menurut hasil kaji selidik itu, ekspatriat melalui pengalaman berbeza sebelum berasa diri mereka sebagai orang tempatan.

Mereka berkata menjalin persahabatan atau menjalani kehidupan bermasyarakat dan memahamai budaya serta etika tempatan merupakan perkara penting untuk merapatkan diri seseorang ekspatriat dengan negara tuan rumah.

Hampir 22,000 ekspatriat yang tinggal di lebih 100 negara terlibat dengan kaji selidik itu, yang diadakan antara Mac dan Mei 2015.

Responden berkongsi pandangan mereka tentang pelbagai aspek kehidupan di luar negara termasuk kerjaya, keselesaan dari segi kewangan, kualiti kehidupan dan kemudahan untuk menikmati keselesaan bersama pasangan serta anak-anak masing-masing. — Bernama

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas