Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Dr Maszlee Selepas Umum Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

Umum

Ini Respon Dr Maszlee Selepas Umum Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

Ohmedia perasan ramai juga yang tidak menyokong dan setuju dengan keputusan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Kementerian Pendidikan tempoh hari. Jadi, apa agaknya respon Maszlee?

ADVERTISEMENT

Jadi, ini Ohmedia kongsikan hasil pertemuan seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadhli yang telah pergi ke kediaman Dr. Maszlee selepas sidang media pengumuman peletakan jawatan.

“Sedih ana Dr. dengan berita begini.”

Ayat pertama yang aku luahkan pada Dr. Maszlee Malik. Tiada kalimah dan perkataan yang sesuai selain menzahirkan emosi sedih dan sayu.

” Apa nak sedih, saya ok je. Move on dan berbakti kepada masyarakat. Lepas ini kita lebih kuat menyantuni warga Simpang Renggam.”

Sedikit kehairanan apakah tiada bait sesalan atau sedih selepas melepaskan jawatan ? Banyak visi dan misi yang sedang berjalan yang perlu diteruskan oleh Yb Maszlee Malik.

Malam ini aku bertandang ke rumah beliau buat pertama kalinya dan buat kali terakhirnya sebagai Menteri Pendidikan. Sungguh sesak dengan kehadiran rakan-rakan yang tak putus-putus beri semangat.


Ajaibnya, tiada sedikit keluhan dan luahan yang negatif dihamparkan beliau. Yang ada gelak tawa dan senyumannya pasti tidak pernah putus.

Awalnya diberi gelaran ‘Menteri Kasut’. Menteri Kasut inilah yang mempertahankan guru dan meringankan bebanan guru.

‘Menteri Kasut’ inilah yang menukar polisi supaya golongan B40 mudah masuk ke asrama penuh, matrikulasi dan universiti. Anak orang susah mampu berjaya seperti orang lain.

‘Menteri Kasut’ inilah perkasakan zero reject policy agar setiap anak berkeperluan khas diberi hak pendidikan di sekolah tanpa ada sebarang kata ‘ tidak boleh’. Masuk sekolah dahulu, ujian saringan akan dilakukan kemudian.

‘ Menteri Kasut’ inilah yang telah tambah nilai sistem eg tukar suka sama suka dan bakal ada apps. Punya suka guru-guru tetapi akhirnya beliau diturunkan.

‘Menteri Kasut’ inilah yang merendah diri. Bersama murid bahasanya Pakcik. Sangat menjiwai kanak-kanak. Murid cium tangan dia, dia cium tangan budak.

‘Menteri Kasut’ inilah yang telah mewarnai KPM agar terus releven dan perkasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia, telah diwarnai oleh Dr Maszlee dengan lakaran yang sangat indah. Namun bagi mereka yang pandang beliau dibalik ‘cermin’ yang pudar dan kotor, pasti akan kotor sentiasa.

In sya Allah, aku akan gali sedalam hasrat Yb Maszlee Malik mengenai visi, misi dan hasrat dalam memartabatkan OKU dan MBK di arena pendidikan.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

Dalam perkongsian terbaru, Fadhli juga berkongsi yang dia pernah tidak bersetuju dengan perlantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.




Apa-apapun, siapa yang bakal naik menggantikan tugasan sebagai Menteri Pendidikan diharapkan dapat meneruskan dan menjalankan tugasan dengan baik.

Sumber: Facebook Mohd Fadhli

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas