Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Sweet Qismina Kenapa Tukar Penampilan

Umum

Ini Penjelasan Sweet Qismina Kenapa Tukar Penampilan

Ohmedia mula perasan Sweet Qismina ni masa dia berlakon dekat astro ceria cerita Elly & Epit dan masa tu anak-anak buah Ohmedia suka betul dengan teletah diaorang ni. Tapi sekarang bila tengok balik Sweet Qismina ni, rasa macam cepat betul masa berlalu sebab semua dah besar panjang weh.

ADVERTISEMENT

Tapi, hari ni Ohmedia teringat pasal Elly atau Qismina pun lepas ramai yang tertarik dengan penampilan terkini Qismina dengan imej rambut berwarna merah jingga. Nampak berbeza betul penampilan Qismina kali ni yang sebelum ini berambut hitam paras lepas bahu.



Selepas ramai peminat mula bertanya, Qismina telah tampil menjelaskan mengapa ia mengubah penampilah dan memetik dari laporan Media Hiburan, ada mengatakan yang imej terbaru ini hanyalah sekadar untuk drama terbarunya.

Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini. Namun saya telah menjelaskan di Instagram bahawa tidak lama dulu ia adalah atas dasar komitmen watak terbaru dan lega bila ada yang faham serta menerimanya. Jujurnya saya sendiri kurang senang membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin, jelasnya.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas