Connect with us

Oh! Media

Ini Panduan Untuk Ibu Bapa Jika Mahu Disiplinkan Anak

Oh! Lifestyle

Ini Panduan Untuk Ibu Bapa Jika Mahu Disiplinkan Anak

Bila sudah hidup berumahtangga dan telah bergelar ibu dan bapa, memang menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan membentuk anak-anak agar menjadi insan yang berguna dan mendengar kata. Jadi ini sedikit langkah-langkah yang sedikit sebanyak dapat membantu anda.

ADVERTISEMENT

1. Nyatakan dengan jelas kepada anak anda tentang kelakuan yang sesuai dengan keadaan pada bila-bila masa sahaja.

2. Adakan peraturan yang tegas dan terangkan dengan jelas kepada anak-anak anda.

3. Tidak perlu terlalu banyak peraturan. Adakan beberapa aturan penting sahaja dan pastikan anda laksanakan dengan tegas.

4. Ingatlah bahawa peraturan tersebut mungkin perlu diulangi dari semasa ke semasa.

5. Jangkakan sedikit kenakalan dan pelanggaran peraturan dari anak anda kerana mereka masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan disiplin.

6. Pastikan peraturan dan disiplin tersebut disesuaikan mengikut umur dan tahap kematangan anak anda.

7. Pastikan anda dapat mengawal diri dengan baik sekiranya mendapati anak anda melanggar disiplin. Jangan biarkan kemarahan menyebabkan anda bertindak mengikut emosi.

8. Sekiranya anak anda dapat mendisiplinkan diri dengan baik, pastikan anda menujinya agar dia mendapat peneguhan positif dari semasa ke semasa.

9. Jadilah model peranan yang baik. Selesaikan masalah anak dengan cara terkawal, amalkan komunikasi efektif dan didiklah mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Sumber:(Kaunselor dan pakar motivasi)

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas