Connect with us

Oh! Media

Erma Fatima Cemas Bertembung Kemalangan

Umum

Erma Fatima Cemas Bertembung Kemalangan

Erma Fatima teringat detik cemas mengenai kemalangan anak kepada Datuk Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof di Sekinchan, Kuala Selangor baru-baru ini dan dia bersyukur Allah menyelamatkannya daripada kecederaan. Kemalangan itu terjadi ketika diaorang dalam perjalanan ke tempat shooting untuk drama Mak Cun musim kelima.

ADVERTISEMENT

Alhamdulillah, malaikat menjaga kamu sayang sehingga sedikit luka pun tiada. Dia sangat istimewa di hatiku kerana biarpun dibesarkan dengan kehidupan yang selesa tetapi penuh peradaban. Mulutnya tidak lepas daripada mengungkapkan kata-kata maaf dan tidak sombong dengan kemewahan selain menjadikan dirinya ‘buah hati’ semua orang. Beberapa hari sebelum kemalangan, dia tidur bersama. Kadang-kala pergi dan balik ke set menaiki kereta sama dan makan sekali. Cuma pada hari kejadian, dia berangkat ke set lima minit lebih awal daripada saya.

Mana taknya Erma cemas time tu? Sebab dia sendiri tengok kereta yang dinaiki Zareef terbalik di lokasi kemalangan. Fuh, nasib baik tak jadi apa-apa budak tu. Walaupun tak cedera, Zareef dan makciknya dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Saya berlari turun dari kereta dalam tangisan mencarinya. Saya ternampak dia duduk tepi jalan dalam keadaan terkejut. Terima kasih Allah kerana menyelamatkan Zareef daripada segala-galanya saat dugaan itu dihantar. Engkau anak yang sangat kuat sayang kerana tetap mahu meneruskan penggambaran. Anakku, engkau berbakat sama seperti ayahmu. Darah yang mengalir dalam tubuhmu adalah darah seni. Tetapi ini bukan tempat engkau sayang. Ini hanya tempat untuk engkau bermain. Ada tugas lebih besar yang harus engkau selesaikan iaitu persekolahanmu. Apa pun, engkau selalu dan akan sentiasa berada dalam hatiku.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas