Connect with us

Oh! Media

Alternatif Untuk Korang Yang Takda Masa Untuk Diri Sendiri

Branded

Alternatif Untuk Korang Yang Takda Masa Untuk Diri Sendiri

Kebelakangan ini, gaya hidup yang sihat menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kesedaran mengutamakan kesihatan sudah semakin meningkat. Macam-macamlah aktiviti dilakukan mengikut keizinan masa dan kemampuan kewangan masing-masing. Pokok cerita, tepuk dada tanya je selera.

SIBUK KEJAR KEHIDUPAN DAN TIADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI?

Bagi yang punya masa bolehlah ke tempat-tempat beriadah percuma yang disediakan mahupun ke pusat senaman berbayar, yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kat Malaysia ni. Yang nakkan urutan badan, akan ke spa-spa yang menyediakan perkhidmatan melancarkan kembali perjalanan darah agar berasa lebih tenang dan bersemangat. Namun begitu, ramai orang sibuk mengejar kehidupan dan kekurangan masa untuk ke tempat-tempat sebegitu.

Tanpa sedar, kekurangan masa menjadi punca utama kita mengalami tekanan yang semakin tinggi. Peredaran darah yang tidak lancar akibat tekanan, menjadikan toksin terkumpul di anggota tertentu dan mulalah, merata bahagian badan kita akan sakit-sakit dan tidak selesa. Inilah, antara punca utama kemerosatan kualiti kehidupan dan pekerjaan seseorang.

JOM BUAT URUTAN SETIAP HARI DI RUMAH

Sebut urutan siapa yang tak suka? Best kot! Selepas badan diurut, kita akan rasa tenang, badan rasa segar, anggota yang sakit mula pulih dan menjadikan kita semakin bersemangat menghadapi hari muka. Boleh dikatakan tenanglah jiwa dan minda ni. Ewah!

Penah dengar jenama GINTELL? Mestilah pernah ye tak? Jenama yang mengeluarkan alternatif urutan menggunakan kerusi urutan bertaraf lima bintang yang memenuhi citarasa semua. Kali ini GINTELL mengeluarkan model yang terbarunya – GINTELL DéSpace Moon merupakan antara model kerusi urut mereka yang canggih dilengkapi dengan pelbagai fungsi urut untuk seisi keluarga.

APA LAGI KECANGGIHAN MODEL GINTELL DESPACE MOON INI ?

1. Bilah roller bulat model ini berukuran 15cm, iaitu 2cm lebih panjang daripada bola urut biasa. Ini bermakna, model ini akan memberikan 20% lebih banyak penekanan urutan ke kawasan berlekuk seperti di leher, bahu, pinggang dan punggung. Urutan akan lebih terasa dan berkesan.

2. GINTELL DéSpace Moon ini membuat urutan seperti bentuk bulan 210 darjah yang memberikan kesan urutan yang hebat kepada kaki , bahu dan seluruh badan. Ini akan memberikan kesan yang sangat releks kepada bahagian otot-otot dan minda kita.

3. Dengan lengkapan XV Track iaitu versi yang lebih panjang dari V-Track dengan kepanjangan badan kerusi berukuran 135cm yang melengkapkan urutan dari leher hingga ke peha membuatkan urutan lebih 48% berkesan.

Revolusi ini yang kita mahukan ada di setiap rumah. Bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua anggota keluarga. GINTELL sememangnya alternatif terbaik kepada mereka yang mahukan keselesaan membuat urutan bila-bila masa sahaja di rumah.

Jadikan GINTELL DéSpace Moon ini sebagai penyelesaian untuk memberikan urutan yang terbaik bagi melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan setiap hari.

TAWARAN HEBAT DARIPADA GINTELL

Dapatkan kerusi urut GINTELL DéVano S (Bernilai RM4,988) percuma dengan sebarang pembelian GINTELL DéSpace Moon hari ini. Tunggu apa lagi? Jom kongsi beli dengan ahli keluarga.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas