Connect with us

Oh! Media

Tahu Masak Mee Maggi Saja Untuk Berbuka? Ini 5 Resepi Yang Patut Korang Cuba Menggunakan Mee Maggi

Oh! Lifestyle

Tahu Masak Mee Maggi Saja Untuk Berbuka? Ini 5 Resepi Yang Patut Korang Cuba Menggunakan Mee Maggi

Kalau hari tu Ohmedia ada kongsikan dekat anda semua resepi ringkas untuk berbuka puasa, kali ini Ohmedia nak share juga benda yang sama, cuma kali ini menggunakan maggi memandangkan ada diantara anda semua yang hanya tahu masak maggi. Ia memerlukan sedikit effort dari cara anda masak maggi seperti biasa. Ini 5 resepi masakan yang patut anda cuba menggunakan maggi.

ADVERTISEMENT

Satay Maggi Kari

Sumber gambar dari Rasa

Simple sahaja penyediaan resepi ini, Semudah A, B dan C. Apa yang diperlukan adalah satu paket maggi perisa kari, 1 biji telur, lidi satay, dan minyak masak.

Rujuk cara penyediaan disini.


Maggie Salut Telur Berperisa Tomyam

Sumber gambar dari Cookpad.com

Kalau Ohmedia perhatikan, cara penyediaannya sama macam membuat murtabak magi cuma yang lebih simple kerana tidak memerlukan banyak bahan perasa dan perencah. Apa yang diperlukan adalah dua biji telur dan sepaket maggie tomyam.

Rujuk cara penyediaan disini.


Cucur Maggi Kari

Sumber gambar dari Iris Kitchen

Cara dia macam korang nak buat cucur cuma menggunakan maggie sebagai bahan utama. Bahan yang diperlukan adalah sebungkus maggie kari, sebatang lobak merah, satu biji telur, dua batang sosej, tepung gandum dan air.

Rujuk cara penyediaan disini.


Keropok Lekor Maggi

Sumber gambar dari Sklicious

Bagi korang yang teringin sangat nak makan keropok lekor tapi susah nak jumpa time PKP ni boleh lah cuba resepi ni. Bahan yang perlu ada adalah, sebungkus maggi kari, satu biji telur, enam sudu tepung ubi, dua sudu tepung gandum dan secubit garam.

Rujuk cara penyediaan disini.


Kerabu Maggi

Sumber gambar dari Youtube

Siapa suka masakan Thailand mesti terliur bila terdengar Kerabu Maggi. Selalunya resepi ni mereka gunakan bahan-bahan dari Thailand. Tak perlu pening-pening, guna maggi biasa pun boleh. Anatar bahan yang diperlukan adalah sebungkus maggi perasa tomyam, sebiji cili padi, setangkai daun ketumbar.

Rujuk cara penyediaan disini.

OHMEDIA: HARAP DAPAT BERI KELAINAN MENU BERBUKA KORANG NANTI. TAKDELAH MAKAN MEE MAGGI SEMATA MEE, KUAH DENGAN TELUR JE. 

Sumber: Cookpad.com

+ Baca respon pembaca 5 resepi yang patut korang cuba menggunakan mee maggie di Facebook Oh! Media




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas