Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Laptop Paling Termahal Dekat Dunia, Ada Yang Sampai RM4 Juta?

Umum

Ini 5 Laptop Paling Termahal Dekat Dunia, Ada Yang Sampai RM4 Juta?

Semakin lama, semakin canggih teknologi yang ada dekat muka bumi ni dan antara teknologi yang kebanyakan nya orang guna sekarang ni adalah laptop. Dengan laptop jer macam-macam yang kita boleh buat walau dimana saja korang berada. Dah macam-macam jenama yang keluar bersama spec tinggi yang korang boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan.

ADVERTISEMENT

Tapi, ada juga laptop yang harganya memang luar dari kemampuan sesetengah manusia yang mungkin korang tak pernah pun tahu! Kalau tak percaya, korang tengoklah senarai laptop yang ada dekat bawah ni.

Luvaglio

Harga laptop ni lebih mahal dari sebuah rumah ataupun sport car yang memang korang impikan, kah! Dengan harga yang mencecah RM4 juta, korang akan dapat laptop buatan dari tangan pertama didunia yang dibuat di United Kingdom.

Korang boleh pesan jer spec macam mana yang korang nak dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan laptop ni. Yang menariknya, hanya owner yang membuat pesanan tu jer boleh akses laptop ni dengan pengimbas cap jari yang tersedia.

Tulip E-Go Diamond

Dari luaran nampak seakan handbag, tapi sebenarnya dia sebuah laptop yang berharga hampir 1.4 juta gais. tulip didatangkan dengan dua pilihan kepada pembeli iaitu berlian dan patinum. Ada 80 karat plat emas putih dan berlian yang buatkan laptop ni sangat mahal. Bukan tu jer, dekat logo dia tu siap ada potongan batu delima.

Tulip E-Go Diamond ni dikuasakan dengan AMD Turion 64-bit bersama skrin sebesar 12 inci. Untuk memori, ia hadir dengan hanya 2GB RAM dan storage sebesar 160GB jer gais.

Macbook Pro Gold 24 karat

Macbook Pro ni disaluti dengan emas 24 karat di kesulurahan body yang buatkan ianyai bernilai sehingga RM117,000! Untuk bahagian bukan logam seperti keyboard dan trackpad, masih lagi berwarna emas kerana telah dicatkan dengan warna yang hampir sama dengan body.

Spec yang ditawarkan pada Macbook ini ialah skrin sebesar 15.4 inci bersama cip pemprosesan 2.4GHz Intel Core Duo. Untuk memori, ia hadir dengan 4GB RAM dan 160GB storage.

Ego Bently

Siapa jer yang tak kenal dengan jenama kereta terkenal Bently kan? Mereka juga ada bekerjasama dengan pengeluar komputer, Ego untuk membuat laptop yang berharga hampir RM80,000 gais! Dekat bahagian luar tu dipasangkan dengan kulit asli berlian. Bingkai diluar dan dalam pula bersaluti dengan emas putih bersama krom di bahagian pemegang.

Ego Bently ini didatangkan dengan skrin sebesar 12.1 inci bersama cip pemprosesan yang dikuasakan dengan AMD 64. Untuk memori pula, ia hadir dengan hanya 2GB RAM jer.

Acer Predator 21X

Ini merupakan laptop yang terhebat dengan spesifikasi yang ditawarkan yang mempunyai berat hampir 9kg gais. Predator 21X ni mempunyai 21 inci skrin lengkung bersama cipset yang dikuasakan dengan Intel Core i&-7820HK 2.90 GHz. Pergh! Utuk memori pula ia hadir dengan 64GB RAM. Hargaa laptop paling terhebat ni mencecah hampir RM40,000!

Kredit: TopTeny | Cherry & Oak

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas