Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Kelebihan Hidup Single Yang Mungkin Korang Takkan Dapat Rasa Bila Bercinta!

Branded

Ini 5 Kelebihan Hidup Single Yang Mungkin Korang Takkan Dapat Rasa Bila Bercinta!

Biasanya hidup single ni akan rasa lebih seronok dan bebas boleh buat apa je yang kita nak berbanding dengan hidup yang ada berpasangan ni. Ohmedia bukan nak hasut sampai nak buat korang putuskan hubungan dengan pasangan tetapi sebenarnya ni adalah fakta dan ada beberapa kelebihan bila hidup single yang korang kena tahu. Jangan menyesal bila Ohmedia bagitahu pula!

1. Berkenalan dengan sesiapa je kau nak!

Ya gais! Bila tengah hidup single ni, korang boleh berkenalan dengan sesiapa sahaja yang korang nak sebab memang tak ada orang pun nak halang atau kongkong korang untuk berkawan tetapi tak perlulah jadi playboy/playgirl memainkan perasaan orang dan memberi harapan palsu kan?

Bukan apa, bila korang dah jumpa someone pada satu hari nanti, manalah tahu diorang rasa dengki bila tengok kau tengah bahagia. Betul tak? Tak pasal-pasal nanti kena sihir pula dengan diorang. Yang penting berkawanlah dengan orang yang baik, yang ada time kita susah dan senang. Bak kata omputeh, through ups and downs.

2. Manjakan diri sendiri dengan sepuas hati!

Ni lagi best sebab setiap kali korang tengah bosan tak tahu nak buat apa, bolehlah selalu manjakan diri sendiri macam pergi spa, salun rambut, massage dan macam-macam lagi tau! Korang akan rasa time tu duit korang terlalu banyak sampai dah tak tahu nak habiskan duit macam mana.

Kalau dibandingkan dengan orang yang ada pasangan ni, biasanya diorang tak ada masa nak manjakan diri macam tu sebab nak kena keluarkan duit untuk bawa girlfriend/boyfriend pergi dating hehehe sehinggalah si dia tinggalkan kita sebab dah nampak selekeh! Salah siapa? Hmm.

3. Lebih berdikari bila kemana sahaja!

Korang yang ada girlfriend tu mesti nak kena tunggu si dia bersiap lama kan? Kadangkala nak pergi mana-mana pun dah terlambat sebab si dia, sampai korang rasa nak marah tapi tak sampai hati…ya lah, takut si dia merajuk nanti! Haa part ni Ohmedia nak cerita sikit pasal kehidupan orang single ni macam mana pula. Hehehe.

Biasanya kehidupan orang single ni suka berdikari kemana sahaja dia pergi. Nak buat sesuatu pun cepat je urusan dia selesai. Tak banyak ragam! Yang paling best, nak pergi makan pun senang nak order. Nasib baik tak ada girlfriend nak decide makan apa, aduh pening!

4. Masa lapang yang tak terhingga!

Nak spend time dengan orang tersayang tak semestinya dengan boyfriend/girlfriend je gais but korang pun tahu kan, family first? Bila korang ada pasangan, terpaksa pula nak bahagikan masa dengan keluarga, kawan dan si dia. Bila tak layan sama rata, si dia mengamuk pula! Korang pun makin lama makin menyampah dengan perangai si dia kan?

Cuba korang tengok orang yang berstatus single ni, macam-macam aktiviti diorang boleh buat bersama keluarga dan kawan-kawan sebab ada masa yang sangat lapang. Diorang kalau boleh nak spend time sepuas-puasnya sebab diorang tahu bila dah jumpa jodoh dan berkahwin, diorang takkan dapat macam tu lagi dah.

5. Beli je apa-apa ikut sesuka hati!

Bestnya bila kita dapat gaji je terus nak beli apa yang kita inginkan sebagai hadiah tanda penat lelah bekerja. Kalau korang tengok zaman sekarang ni, ramai betul pasangan buat surprise kan? Eee Ohmedia pun tak faham kenapa nak buang duit macam tu je, last last putus juga!

Atleast dapat jugalah merasa beli barang branded time tengah single macam Gucci, Prada, dan lain lain. Ada juga lelaki yang sanggup tahan perut makan nasi bujang je sebab nak belanja girlfriend. Come on gais! Tak perlu sampai macam tu pun. Korang stabilkan ekonomi dulu, barulah masuk meminang si dia. Haa kau belanjalah dia puas-puas!

2 Jam Percuma dan SOCAR-2-YOU

Psst… Ohmedia nak bagitahu kalau korang tengah bosan tak ada pasangan nak bawa pergi jalan-jalan, jangan risau! Korang boleh ambil kereta sewa dengan SOCAR-2-YOU berjalan bersama kawan-kawan atau sesiapa sahaja secara promosi ‘2 jam percuma untuk first booking’! Bukan apa, ada pelbagai jenis kereta yang menarik tau. Korang just tinggal pilih dan bagitahu bila korang nak pakai kereta tu dan lagipun, servis SOCAR ni tiptop gila.

Kawasan penghantaran kereta SOCAR-2-YOU pun dah available di 10 lokasi baru secara percuma. Antaranya ialah Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, TTDI, Damansara Utama, Damansara Intan, Taman Laut, Sunway, Subang Jaya dan SS15.

Tak salah pun kalau korang single sebab lagipun korang boleh beli kereta sendiri menggunakan duit hasil rezeki yang halal. Bukan tu je, korang pun boleh buat keputusan sendiri untuk pergi kemana sahaja yang korang nak dan boleh menjimatkan duit korang tanpa membazirkan duit dekat pasangan korang. Betul tak gais?

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari website rasmi SOCAR Malaysia di www.socar.my dan jangan lupa juga mengikuti perkembangan di Facebook, https://www.facebook.com/socarmalaysia/ serta Instagram, https://www.instagram.com/socarmy/



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas