Connect with us

Oh! Media

Influenza A, Bukan Penyakit Selesema Biasa!

Umum

Influenza A, Bukan Penyakit Selesema Biasa!

Sumber gambar dari Google

Seperti mana kita tahu sekarang, wabak Influenza sedang melanda negara kita sekarang sehingga mampu membawa maut. Tapi korang tahu ke Influenza itu apa? Menurut portal rasmi  MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, ia adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

ADVERTISEMENT

Menurut Majalah Sains, Influenza dipecahkan kepada tiga kategori, Influenza A, B dan C. Influenza A dan B adalah virus yang kebiasaanya menyerang manusia. Berbanding dengan B, Influenza A lebih merbahaya kerana mampu membawa maut. Sebagai contoh, Adik Nur Dinie yang telah meninggal dunia kerana jangkitan virus Influenza A baru-baru ini di Johor.

Influenza A turut boleh dijangkiti oleh haiwan, misalnya ayam, itik, babi dan kuda. Virus ini boleh tersebar kepada manusia melalui cecair daripada mulut binatang berkenaan. Itu sebab golongan penternak selalu terkena. Memetik dari laman portal Aurora Health Care, terdapat lima kategori individu yang berisiko untuk dijangkiti penyakit merbahaya ini;

  1. Kanak-kanak – mereka yang berumur di bawah dua tahun berisiko tinggi; semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun berisiko tinggi
  2. Dewasa berumur 65 tahun ke atas
  3. Perempuan mengandung
  4. Orang yang mempunyai penyakit kronik tetapi terutama jantung, paru-paru, atau penyakit buah pinggang (termasuk asma)
  5. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dari penyakit atau ubat-ubatan (contohnya dengan HIV / AIDS atau kemoterapi untuk kanser)

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mencegah dari awal penularan virus ini dari terus merebak. Contoh pencegahan yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilaman sesawang beliau adalah dengan mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.

Sumber: MyHealth KKM, Majalah Sains, Aurora Health Care, KP Kesihatan

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas