Connect with us

Oh! Media

Imam Pendekkan Solat Kerana Makmum

Umum

Imam Pendekkan Solat Kerana Makmum

ADVERTISEMENT
Nabi saw telah bersabda :
ﺇِﺫَﺍ ﺻَﻠَّـﻰ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻟِﻠﻨَّـﺎﺱِ ﻓَﻠْﻴُﺨَﻔِّﻒْ، ﻓَﺈِﻥَّ ﻓِﻴْﻬِﻢُ ﺍﻟﻀَّﻌِﻴْﻒَ ﻭَﺍﻟﺴَّﻘِﻴْﻢَ ﻭَﺍﻟْﻜَﺒِﻴْﺮَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﻟِﻨَﻔْﺴِﻪِ ﻓَﻠْﻴُﻄَﻮِّﻝْ ﻣَﺎ ﺷَﺎﺀَ
“Jika salah seorang di antara kamu menjadi imam akan manusia, maka hendaklah diringankannya. Kerana di antara mereka ada yang lemah, sakit dan orang tua. Akan tetapi, jika dia solat sendirian, maka dia boleh memanjangkan solat sesuka hatinya.” (Hadith Syeikhain)
Nabi saw bersabda juga :
ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺩْﺧُﻞُ ﻓِﻲ ﺻَﻼَﺗِﻲ ﻭَﺃَﻧَﺎ ﺃُﺭِﻳْﺪُ ﺃَﻥْ ﺃُﻃِﻴْﻠَﻬَﺎ ﻓَﺄَﺳْﻤَﻊُ ﺑُﻜَﺎﺀَ ﺍﻟﺼَّﺒِﻲِّ ﻓَﺄَﺗَﺠَﻮَّﺯُ
“Sungguhnya aku mulai sembahyang dan aku berhajat mahu memanjangkan sembahyang maka tiba2 aku dengar kanak-kanak menangis lalu aku pendekkan sembahyang..” (Hadith Muslim)
Jabir r.a. meriwayatkan :
ﺻَﻠَّﻰ ﻣُﻌَﺎﺫُ ﺑْﻦُ ﺟَﺒَﻞٍ ﺍﻷَﻧْﺼَﺎﺭِﻯُّ ﻷَﺻْﺤَﺎﺑِﻪِ ﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀَ ﻓَﻄَﻮَّﻝَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻓَﺎﻧْﺼَﺮَﻑَ ﺭَﺟُﻞٌ ﻣِﻨَّﺎ ﻓَﺼَﻠَّﻰ ﻓَﺄُﺧْﺒِﺮَ ﻣُﻌَﺎﺫٌ ﻋَﻨْﻪُ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺇِﻧَّﻪُ ﻣُﻨَﺎﻓِﻖٌ . ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﺑَﻠَﻎَ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﺩَﺧَﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ﻓَﺄَﺧْﺒَﺮَﻩُ ﻣَﺎ ﻗَﺎﻝَ ﻣُﻌَﺎﺫٌ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻟَﻪُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻰُّ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ‏« ﺃَﺗُﺮِﻳﺪُ ﺃَﻥْ ﺗَﻜُﻮﻥَ ﻓَﺘَّﺎﻧًﺎ ﻳَﺎ ﻣُﻌَﺎﺫُ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﻣَﻤْﺖَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﻓَﺎﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﻟﺸَّﻤْﺲِ ﻭَﺿُﺤَﺎﻫَﺎ . ﻭَﺳَﺒِّﺢِ ﺍﺳْﻢَ ﺭَﺑِّﻚَ ﺍﻷَﻋْﻠَﻰ . ﻭَﺍﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺭَﺑِّﻚَ . ﻭَﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﺇِﺫَﺍ ﻳَﻐْﺸَﻰ ‏
Telah menjadi imam sembahyang olih Muaz bin Jabal Al-Ansori r.a. bagi para sahabat akan sembahyang isyak. Maka dia telah memanjangkan sembahyang atas mereka maka keluar dari jemaah oleh seorang lelaki dan bersembahyang sendirian. Perkara tersebut dikhabarkan kepada Muaz lalu Muaz berkata lelaki itu adalah munafiq. Selepas mengetahuinya lelaki tersebut datang kepada Rasulullah saw tentang tuduhan Muaz kepadanya. Maka Rasulullah saw berkata kepada Muaz: “Adakah kamu mahu orang lari dari agama? Kalau kamu menjadi imam kepada orang ramai maka bacalah surah As-Syam, Ad-Dhuha, Al-A’la atau Al-Lail.” (Hadith Muslim)
Kesimpulan 
– Imam bebas memilih samaada mengerjakan sembahyang 5 waktu dengan ringkas, sederhana atau panjang tetapi sederhana adalah afdhal kerana hadith memuji kesederhanaan.
– Jika di kalangan makmum ada orang tua atau wanita atau orang sakit atau kanak-kanak maka hendaklah diringkaskan sembahyang.
– Terlalu panjang dalam menjadi imam kurang elok kerana bolih menyebabkan orang jauh dari agama.
– Terlalu cepat juga menyusahkan makmum kerana ada makmum yang lemah.
– Adapun jika solat sunat maka tidak mengapa imam solat panjang kerana manusia bebas samada mahu mengikutnya atau tidak.
– Yang dimaksudkan pendek atau panjang hanyalah solat sahaja. Adapun wirid selepas solat maka tidak mengapa imam memendekkannya atau memanjangkannya kerana orang-orang tidak diperintah mengikutnya lagi hanya sunat sahaja berwirid dan berdoa sehingga imam selesai.
Wallahua’lam

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas