Connect with us

Oh! Media

“Ibu Saya Tak Pernah Tanya Bila Nak Kahwin” – Mira Filzah

Umum

“Ibu Saya Tak Pernah Tanya Bila Nak Kahwin” – Mira Filzah

Ramai betul selebriti Malaysia dah berkahwin kan? Tetapi lain pula jadinya Mira Filzah ni sebab dia lebih selesa bergelar solo. Ibunya pun menggalakkan Mira untuk terus aktif bekerja dalam industri.

ADVERTISEMENT

Mira pun tak pernah terfikir dan target umur bila dia nak berkahwin sebab dia ni nak terus fokus dalam karier anak seni dan dia tak pernah tertekan dengan statusnya sebagai solo.

Saya tidak pernah letak target untuk berkahwin. Saya hanya ikut aturan yang ditetapkan. Sampai masa saya berkahwin juga. Ibu juga tidak pernah bertanya soal ini. Dia lebih menggalakkan untuk aktif selagi masih ada permintaan. Banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dalam bidang seni. Tidak pernah berasa tertekan atau sedih apabila diri ini masih solo. Kalau ada yang datang untuk berkawan dan saling faham, saya okey saja.

Dulu ramai netizen suka kaitkan Mira dengan pelakon dark, tall and handsome, Remy Ishak selepas drama yang diaorang berlakon menjadi. Tetapi diaorang berdua menafikan ada hubungan istimewa diluar set penggambaran. Adoi, apa salahnya kalau korang berdua jadi kekasih. Hmm

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas