Connect with us

Oh! Media

Ibu Puteri Balqis Sahkan Penyakit Yang Dihidapi Anaknya

Umum

Ibu Puteri Balqis Sahkan Penyakit Yang Dihidapi Anaknya

Perkongsian sekeping foto pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, dengan tanda #FightCancer di laman Instagramnya ketika menjalani rawatan doktor telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Foto yang menyaksikan pelakon kanak-kanak yang mesra disapa sebagai Aqish itu memakai topeng mulut itu dimuat naik semalam untuk berkongsi perkembangan terkininya.
“Went for her treatment this evening. Alhamdulillah Puteri is getting better. #rockingbalqis #fightcancer,” tulis status yang dipercayai daripada ibu Balqis.
Tanda #FightCancer yang ditulis itu bagaimanapun seolah-seolah membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.
Persoalan tersebuat akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu.
Bagaimanapun, kata Nosrashikin, tahap kesihatan Aqish itu semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.
Puteri Balqish sebelum ini dialaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas