Connect with us

Oh! Media

Ibu Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian, Ayah Cedera Parah

Umum

Ibu Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian, Ayah Cedera Parah

Sumber Gambar : Harian Metro

Baru-baru ini, satu kemalangan di Persiaran Kewajipan menghala ke arah Subang Kelana, Subang Jaya berlaku dan membabitkan sebuah motorsikal yang dinaiki tiga beranak dan sebuah kenderaan (SUV) Range Rover.

ADVERTISEMENT

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang turut menaiki motorsikal itu meratap sayu di sisi mayat ibunya selepas kejadian. Manakala bapanya pula mengalami kecederaan parah.

Kereta SUV Range Rover yang dipandu penuntut berusia 20 tahun itu dipercayai merempuh motorsikal yang dinaiki tiga beranak disebabkan ingin mengelak pejalan kaki di situ.

Rempuhan tersebut mengakibatkan, ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun warga Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala ayahnya, 45, pula cedera parah di kepala dan badan. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik PPUM untuk bedah siasat dan kes siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas