Connect with us

Oh! Media

Ibu Gadis “Culik” Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Umum

Ibu Gadis “Culik” Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

SHAH ALAM – Ibu kepada remaja yang kononnya diculik, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, Asmah Mamai tampil memohon maaf di laman Facebook miliknya berhubung insiden membabitkan anaknya itu.

ADVERTISEMENT

Asmah yang menggunakan nama Asmah Majid di laman Facebook memohon maaf kepada semua pihak berhubung kontroversi kehilangan anaknya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya.

“Saya minta maaf seandainya selama kehilangan anak saya ada perkara-perkara negatif yang berlaku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Asmah turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus lumus menjalankan tugas menjejaki anaknya itu.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 sebelum ini menjadi perhatian selepas rakaman perbualan telefon dengan kakak angkatnya yang menggambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih menjadi viral di media sosial.

Walau bagaimanapun, Nur Amirah ditemui selamat kira-kira 7.45 petang bersama teman lelakinya, 19, yang baru dikenali kurang sebulan di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas