Connect with us

Oh! Media

Ibu Campak Bayi Yang Baru Beberapa Jam Dilahirkan Dari Tingkat 18

ohmedia ibu campak bayi tingkat 18 5jpg

Umum

Ibu Campak Bayi Yang Baru Beberapa Jam Dilahirkan Dari Tingkat 18

 

KUALA LUMPUR: Bayi perempuan yang baru beberapa jam dilahirkan maut dicampak ibunya yang berusia 39 tahun dari tingkat 18 Flat Danau Kota, Setapak, dekat sini, pagi tadi.

Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi tadi oleh seorang seorang lelaki yang segera menghubungi pihak polis.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.

“Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, petang tadi.

Menurutnya, suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas