Connect with us

Oh! Media

“Ibu Bapa Saya Juga Meminta Untuk Mendiamkan Perkara Itu Sebelum Ini” – Farah Nabilah

Umum

“Ibu Bapa Saya Juga Meminta Untuk Mendiamkan Perkara Itu Sebelum Ini” – Farah Nabilah

Korang ingat lagi tak seorang gadis yang pernah menjadi pengapit semasa majlis resepsi Izara Aishah dua tahun lepas? Sampaikan netizen pun keliru siapa pengapit dan siapa pengantin sebenarnya. Hehehe. Kalau korang nak tahu, nama pengapit Izara waktu tu ialah Farah Nabilah.

ADVERTISEMENT

Farah Nabilah ni adalah seorang pelakon dan baru-baru ini dia mendedahkan bahawa dia bakal berkahwin dengan seorang juruterbang yang bernama Mohammed Amirul Yunus pada hujung tahun ini. Wah, tahniah Farah! Dalam diam, ada boyfriend rupanya. Sepadan je sis tengok.


Sebelum ni dia taknak mendedahkan siapa jejaka yang bertuah tu sebab dia nak peminatnya fokus dengan karier lakonannya. Dia berkenalan dengan Amirul melalui Izara kira-kira 7 tahun lalu sebelum Farah menjadi seorang artis tau. Apapun, tahniah. Sis doakan agar Farah dan Amirul berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

Sebelum ini saya memilih untuk tidak mendedahkan tentang perancangan untuk berkahwin kerana mahu peminat fokus dengan kerjaya saya sahaja. Selain itu, ibu bapa saya juga meminta untuk mendiamkan perkara itu sebelum ini kerana ia masih belum mendapat kepastian sepenuhnya. Sekarang, saya mengumumkan tentang perkara ini kerana ia telah memasuki fasa yang lebih serius. Tujuh tahun lalu, Izara telah memperkenalkan Amirul kepada saya, kami kenal sebelum saya menjadi selebriti. Kami berdua masih lagi belajar ketika itu, pada mulanya saya ‘jual mahal’, tetapi dia tidak putus asa, bersabar dan pandai mengambil hati ibu bapa saya, akhirnya dia berjaya menawan hati saya. Saya akan berkahwin pada hujung tahun ini, lokasi majlis perkahwinan saya akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas