Connect with us

Oh! Media

Kereta ‘H’ Kegilaan Wanita Turun Harga Sehingga RM9,502.47! Ini Senarai Penuh Semua Model Honda

Umum

Kereta ‘H’ Kegilaan Wanita Turun Harga Sehingga RM9,502.47! Ini Senarai Penuh Semua Model Honda

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kereta melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang melibatkan potongan 100% bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan potongan 50% untuk model import sepenuhnya.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, minggu ini telah keluar harga baharu bagi beberapa jenama termasuklah Honda yang menunjukkan penurunan sehingga RM9,502.47 berkuatkuasa hari ini.

Antara model Honda yang disenaraikan adalah seperti Honda Jass, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord yang turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63. Untuk model CBU Odyssey pula turun sebanyak RM9,502.47.

Dengan ini, kami menawarkan penjimatan dari pengecualian cukai kepada pelanggan kami. Honda Malaysia berharap pengurangan harga ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda. Harga baharu ini berkuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Disember 2020. – Kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Kami di Ohmedia sedia maklum yang agak mustahil di saat ekonomi tidak stabil ini untuk kita menambah hutang bulanan. Tetapi untuk mereka yang sudah lama menabung dan bercita-cita untuk memiliki kereta pertama, ini mungkin masanya.

OHMEDIA: SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN, BUATLAH KIRAAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. JANGAN IKUT NAFSU DAN MEMBELI MENGIKUT KEMAMPUAN.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang sukakan kereta ‘H’ di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas