Connect with us

Oh! Media

Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

Umum

Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

Soalan:
Apa hukumnya seorang wanita Islam bernikah dengan lelaki yang bukan beragama Islam?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Telah ijma’ sekalian ulama’ Islam bahawa haram dan tidak sah wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir dari segala bagai kafir.

Jika berlaku pernikahan maka persetubuhan yang berlaku antara mereka berdua adalah zina dan anak yang hasil dari perhubungan tersebut adalah anak haram.

Firman Allah Taala:

وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ
“Dan jangan kamu nikahkan wanita yang beriman dengan lelaki yang kafir sehingga mereka beriman. Sungguh hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik dari lelaki merdeka yang kafir sekalipun lelaki yang kafir itu menarik hati kamu. Mereka itu adalah orang-orang yang mengajak kepada api neraka. Dan Allah mengajak kepada syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah : 221)

Berkata Imam Qurtubi:

قوله تعالى: {ولا تنكحوا}: “أي لا تزوجوا المسلمة من المشرك، وأجمعت الأمة على أن المشرك لا يطأ المؤمنة بوجه
“Bermula firman Allah ‘jangan kamu nikahkan’ bererti jangan kamu nikahkan akan perempuan yang Islam dengan lelaki yang kafir. Dan telah ijma’ sekalian umat atas bahawasanya lelaki yang kafir tidak boleh bersetubuh dengan perempuan yang beriman sama sekali.” (Tafsir Al-Qurtubi: 3/72)

Berkata Imam Abu Hayan:

وأجمعت الأمة على أن المشرك لا يطأ المؤمنة بوجه ما، والنهي هنا للتحريم
“Dan telah ijma’ sekalian umat bahawa lelaki kafir tidak boleh bersetubuh dengan perempuan beriman atas jalan apa sekalipun. Bermula larangan pada ayat ini bermakna haram.” (Tafsir Bahrul Muhith: 2/419)

Dan Allah Taala menyebut pada ayat yang lain:

لَا هُنَّ حِلٌّ لَهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ
“Tidaklah wanita yang beriman itu halal bagi lelaki yang kafir dan juga lelaki yang kafir itu tidak halal bagi wanita yang beriman.” (Al-Mumtahanah: 10)

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

ولا يزوج كافر مسلمة بحال، قال: “أما الكافر فلا ولاية له على مسلمة بحال، بإجماع أهل العلم، منهم: مالك، والشافعي، وأبو عبيد، وأصحاب الرأي، وقال ابن المنذر: أجمع على هذا كل من نحفظ عنه من أهل العلم
“Dan tidak harus berkahwin lelaki kafir akan wanita Islam sama sekali. Adapun orang kafir itu maka tidak mempunyai hak kewalian atas perempuan Islam sama sekali dengan ijma’ para ulama’ di antara mereka itu ialah Imam Malik dan Syafie dan Abu Ubaid dan Ashab Ar-Ra’yu.“

Berkata Imam Ibnu Munzir: “Telah ijma’ atas perkara ini sekalian yang diterima dari para ulama’.” (Kitab Al-Mughni : 7/27)

Tersebut pada himpunan fatawa negeri Oman:

فنزل هذا الحكم العام في تحريم زواج المسلمة من غير المسلم، فليس لأقارب المرأة من الكفار إجبارها على الزواج من غير المسلم؛ لأن ذلك يقع باطلاً بالإكراه وبالرضا أيضاً.
“Maka telah terjadi hukum yang umum ini pada mengharamkan menikahkan wanita Islam dengan lelaki yang bukan Islam. Maka tidak boleh keluarga yang dekat dari pihak perempuan memaksanya atas berkahwin dengan lelaki yang kafir. Kerana sungguhnya yang demikian itu terbatal dengan paksaan dan terbatal juga walau tanpa paksaan.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas