Connect with us

Oh! Media

Hukum Terlelap Ketika Solat

Ohmedia terlelap ketika solatpng

Umum

Hukum Terlelap Ketika Solat

SOALAN

Ohmedia dapat rasakan ada antara kita yang kadangkala terlelap ketika sedang menunaikan solat. Mungkin kerana badan terlalu letih selepas selesai bekerja’. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN 

Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah tidur atau pengsan atau terlelap.

Beza tidur dengan tertelap ialah tidur itu mengambil masa yang lama manakala terlelap itu sangat cepat masanya.

IKLAN

Oleh itu siapa yang terlelap sekali pun hanya sekadar masa setengah saat nescaya batal wuduknya dan jika dia sedang mengerjakan solat nescaya batal solatnya sebab sudah batal wuduknya.

Berkata Imam Nawawi :

وأما النوم فينظر فيه فإن وجد منه وهو مضطجع أو مكب أو متكئ انتقض وضوؤه


Artinya : “Dan ada pun tertidur maka hendaklah ditilik padanya maka jika tertidurnya itu dalam keadaan berbaring atau tersungkur atau bersandar nescaya batal wuduknya.” (Kitab Syarah Muhazzab)

Maka dapat difahami bahawa jika orang terlelap dalam solat itu ketika sedang qiam nescaya batal solatnya.

Begitu juga batal solatnya jika berlaku terlelap itu ketika melakukan rukun yang lain seperti terlelap ketika sedang rukuk atau sedang iktidal atau sedang turun kepada sujud atau sedang sujud.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus  

+ Baca respon pembaca hukum terlelap ketika solat di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas