Connect with us

Oh! Media

Hukum Solat Dengan Pakaian Ketat

bgdjpg

Umum

Hukum Solat Dengan Pakaian Ketat

** Gambar hanya sebagai hiasan **

Soalan:
Adakah sah solat seorang wanita yang memakai pakaian yang ketat seperti seluar yang mana akan kelihatan bentuk peha dan kakinya sekalipun tidak kelihatan warna kulitnya?

Jawapan:
Aurat wanita di luar solat ialah seluruh badannya melainkan muka dan dua pergelangan tangan. Haram hukumnya jika dia memakai pakaian yang ketat jika berada di luar rumah kerana mendatangkan fitnah dengan dilihat oleh lelaki yang ajnabi.

Ada pun jika dia berada di tempat yang tidak ada lelaki ajnabi yang melihat seperti sedang solat di ruang solat wanita yang tertutup dari pandangan lelaki ajnabi, maka hukumnya tidak haram dan solatnya adalah sah kerana maksud menutup aurat dalam solat ialah menjaga adab dengan Allah.

IKLAN

Menurut pandangan setengah fuqaha’, hukum wanita berpakaian ketat ketika solat pada tempat yang tidak dilihat akan dia oleh lelaki adalah makruh dan tidak haram.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

ستر العورة فى الصلاة لا يقصد منه بالذات منع الفتنة، فقد يصلى الإنسان وحده دون رؤية أحد له، بل القصد منه هو الأدب مع الله سبحانه، وتنفيذ أمره بقوله تعالى {يا بنى آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد} ، الأعراف: 31،وبالمأثور عن النبى صلى الله عليه وسلم فى ذلك.
ومن هنا قال جمهور العلماء: لا مانع من ستر العورة فى الصلاة بما يحدد شكلها بالملابس اللاصقة ما دامت العورة لا تراها العين.
“Bermula menutup aurat dalam solat bukanlah dimaksudkan daripadanya menolak fitnah kerana terkadang seseorang itu solat seorang diri tiada seorang melihat kepadanya. Bahkan yang dimaksudkan menutup aurat dalam solat itu ialah beradab dengan Allah Taala. Dan menurut perintah Allah dalam firman-Nya:

يا بنى آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد
“Wahai manusia pakailah pakaian kamu yang menutup aurat setiap mengerjakan solat.” (Al-A’raf: 31)

Dan juga kerana mengambil dari yang datang daripada Nabi saw pada yang demikian itu.”

Daripada sinilah berkata jumhur ulama’: “Tiada halangan di dalam solat memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan dengan baju yang ketat selama mana auratnya tidak dilihat oleh orang lain.” (Lajnah Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas