Connect with us

Oh! Media

Hukum Sentuh Pita Rakaman Al-Quran Tanpa Wudhu’

Umum

Hukum Sentuh Pita Rakaman Al-Quran Tanpa Wudhu’

SOALAN:
Saya mempunyai beberapa pita rakaman yang terkandung di dalamnya surah-surah Al-Quran. Adakah boleh saya membawanya dan menyentuhnya tanpa bersuci?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Telah sepakat jumhur fuqaha’ tidak boleh menanggung mushaf dan menyentuhnya tanpa bersuci dari dua hadas besar dan kecil kerana berdalil dengan firman Allah:

لا يمسه إلا المطهرون
“Tiada menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci.” (Al-Waqi’ah: 79)

Dan sabda Nabi saw:

لا يمس القرآن إلا طاهر
“Tiada menyentuh Al-Quran melainkan orang yang suci.” (Hadith Nasaai dan lainnya)

Berkata Imam Mutawali sungguhnya ia adalah seperti khabar mutawatir kerana penerimaan semua manusia.

Hukum ini berlaku pada al-Quran yang ditulis. Adapun pita rakaman atau piring hitam maka bahawasanya ia ditulis dengan cara moden yang tidak dikenali oleh orang sebelumnya. Maka ia boleh didengar tetapi tidak boleh dibaca kerana ia bukannya huruf yang boleh dilihat dan diketahui isi kandungannya dengan cara diulang memasangnya.

Dan bagi al-Quran yang didengar dari pita rakaman ialah diam untuk mendengarnya dan memerhatikan maknanya dan pita rakaman itu sendiri tidak dihukumkan sebagai kitab dan manusia tidak menganggapnya sebagai kitab.

Dan kerana inilah yang kuatnya bahawa tidaklah haram menyentuhnya dan tidak juga haram membawanya dan sekalipun jika dalam keadaan suci itu adalah lebih elok.

Terpulanglah cara menghormatinya oleh seseorang pada niatnya dan yang lebih cermat itu ialah paling elok.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas