Connect with us

Oh! Media

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Umum

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

SOALAN:
Apakah hukumnya membuat upacara sambutan Maulidur Rasul?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Berkata Dr Ibrahim Syauqi ‘Allam, Mufti Mesir:

الاحتفال بالمولد النبوي الشريف شاهدٌ على الحب والتعظيم لجناب سيدنا النبي صلى الله عليه وآله وسلم والفرح به، وشكرٌ لله تعالى على هذه المنَّة كما قال تعالى: ﴿قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا﴾ [يونس: 58]. وهو أمرٌ مستحبٌّ مشروعٌ له أصله في الكتاب والسنة، ودرج عليه المسلمون عبر العصور، واتفق علماء الأمة على استحسانه، ولم ينكره أحدٌ يعتدُّ به.

“Upacara sambutan maulid Nabi yang mulia adalah merupakan tanda atas kasih dan mengagungkan penghulu kita Nabi Muhammad saw dan bergembira dengannya.

Dan merupakan tanda syukur kepada Allah Taala atas kurnianya sebagaimana firman Allah Taala:

قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا
“Katakalah dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya maka dengan sebab yang demikian itu maka hendaklah kamu semua bergembira.” (Yunus: 58)

Sambutan ini adalah pekerjaan yang disyariatkan yang ada baginya asal di dalam al-Quran dan Sunnah yang mana telah mengamalkannya oleh sekalian orang Islam sejak berkurun-kurun.

Dan telah sepakat segala umat atas eloknya dan tidak ada seorang pun ulama’ yang muktabar yang mengingkarkannya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas