Connect with us

Oh! Media

Hukum Orang Berjunub Mandikan Jenazah

Umum

Hukum Orang Berjunub Mandikan Jenazah

SOALAN:
Apakah hukumnya orang yang dalam keadaan junub memandikan jenazah?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Harus bagi orang yang junub memandikan mayat kerana orang mukmin itu tidak jadi najis dengan sebab junub.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya beliau telah bertemu dengan Nabi saw pada satu jalan dari jalan-jalan di Madinah lalu dia beredar pulang untuk mandi hadas. Sejurus selepas beliau menghilangkan diri maka Nabi saw bertemu dengan beliau dan bersabda: “Kemana kamu pergi wahai Abu Hurairah?” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah, ketika engkau bertemu aku tadi, aku dalam keadaan junub. Maka benci aku bersama engkau dalam keadaan junub sehinggalah aku mandi.”

Maka sabda Rasulullah saw:

سُبْحَانَ اللهِ! إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَا يَنْجُسُ
“Maha suci Allah sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.” (Riwayat Muslim)

Daripada Atha’ berkata ia:

لَا بَأْسَ أَنْ يُغَسِّلَ الْمَيِّتَ الْحَائِضُ وَالْجُنُبُ

“Tiada salah bahawa memandikan mayat itu oleh perempuan yang haid dan yang junub.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Berkata Syeikh Ramli:

وَيُغَسِّلُ الْجُنُبُ وَالْحَائِضُ الْمَيِّتَ بِلَا كَرَاهَةٍ) لِأَنَّهُمَا طَاهِرَانِ، فَكَانَا كَغَيْرِهِمَا] اهـ
“Dan orang yang junub dan perempuan yang haid itu harus memandikan mayat tanpa makruh kerana kedua itu adalah suci dan keadaan keduanya sama seperti orang lain.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas