Connect with us

Hukum Menikahi Wanita Yang Sedang Hamil

Umum

Hukum Menikahi Wanita Yang Sedang Hamil

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada antara kita yang pernah lihat orang yang terdekat dengan kita menikahi wanita yang sedang hamil. 
Jadi, apakah hukum dari pernikahan tersebut kerana wanita itu sedang hamil anak luar nikah? 

JAWAPAN 

Hukum bernikah dengan perempuan tidak bersuami yang sedang hamil zina adalah sah apabila cukup segala rukun dan syarat sah nikah.

Berkata Imam Nawawi :


فرع :إذا زنت المرأة لم يجب عليها العدة، سواء كانت حائلا أو حاملا، فإن كانت حائلا جاز للزاني ولغيره عقد النكاح عليها وإن حملت من الزنا فيكره نكاحها قبل وضع الحمل، وهو أحد الروايتين عن أبى حنيفه رضى الله عنه


Artinya : “Apabila berzina oleh seorang perempuan nescaya tidak wajib atasnya beriddah samada hamil atau tidak. Maka jika perempuan itu tidak hamil nescaya harus bagi lelaki yang berzina atau lelaki lain bernikah dengannya. Dan jika perempuan itu hamil dari zina nescaya makruh nikahnya sebelum melahirkan. Inilah salah satu riwayat Imam Hanafi r.a.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Dan berkata Syeikh Nawawi Bantan :

ولو نكح حاملا من زنا، صح نكاحه قطعا، وجاز له وطؤها قبل وضعه على الأصح


Artinya : “Dan jikalau menikah akan perempuan yang sedang hamil dari zina nescaya sah nikahnya sama sekali dan harus baginya jimak isterinya itu sebelum melahirkan atas pendapat yang paling sahih.” (Syarah Quttul Habib ‘Ala Fathul Qarib)

Berkenaan pesaka jika lelaki tersebut meninggal dunia maka anak tersebut tidak mempusakai lelaki tersebut tetapi anak itu mempusakai dari harta emaknya.

Tersebut pada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan :

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca hukum menikahi wanita yang sedang hamil 

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top