Connect with us

Hukum Mempermaink Ayat Al-Quran

Umum

Hukum Mempermaink Ayat Al-Quran

SOALAN 

Zaman sekarang ada terdapat sebilangan manusia yang beragama Islam berani untuk mempersendakan ayat Al-Quran dan perkara ini sering berlaku di media sosial. Jadi, apakah hukumnya? 

JAWAPAN 

Hukum orang Islam persendakan ayat atau surah Al-Quran di dunia ini ialah menjadi kafir dan di akhirat nanti disediakan baginya azab yang sangat pedih.

Firman Allah Taala :

وَإِذَا عَلِمَ مِنْ ءَايَٰتِنَا شَيْـًٔا ٱتَّخَذَهَا هُزُوًا ۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Artinya : “Dan apabila dia mengetahui suatu dari ayat-ayat Kami dijadikannya sebagai persendaan. Mereka itulah yang sabit bagi mereka azab yang hina.” (Al-Jasiah : 9)

Berkata Imam At-Tabari :

وقوله ( أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ ) يقول تعالى ذكره: هؤلاء الذين يفعلون هذا الفعل, وهم الذين يسمعون آيات الله تُتلى عليهم ثم يصرّون على كفرهم استكبارًا, ويتخذون آيات الله التي علموها هزوا, لهم يوم القيامة من الله عذاب مهين يهينهم ويذلهم في نار جهنم, بما كانوا في الدنيا يستكبرون عن طاعة الله واتباع آياته

Artinya : “Dan firman Allah ‘Mereka itulah yang sabit bagi mereka azab yang hina’ artinya Allah Taala menyatakan bahawa orang –orang yang melakukan perbuatan ini ialah orang-orang yang mendengar akan ayat-ayat Allah yang dibacakan ke atas mereka kemudian berpaling mereka atas kekufuran mereka itu kerana takabbur. Dan mereka itu mengambil akan ayat-ayat Allah yang mereka ketahui sebagai bahan persendaan. Bagi mereka itu pada hari kiamat daripada Allah ialah azab yang hina yang merendahkan mereka dan menjatuhkan mereka dalam kehinaan di dalam api neraka Jahannam dengan sebab adalah mereka itu di dalam dunia sombong dari taatkan Allah dan sombong dari mengikut ayat-ayat Allah.” (Tafsir Jami’ul Bayan)

Jadi jelaslah bahawa orang-orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah di dunia ini maka di akhirat nanti tempat mereka ialah neraka Jahannam.

Berkata Imam As-Samarqandi :

مِنْ وَرائِهِمْ جَهَنَّمُ وَلا يُغْنِي عَنْهُمْ ما كَسَبُوا شَيْئاً

Artinya : “Dibelakang mereka itu neraka Jahannam dan tidaklah berguna segala usaha mereka itu (di dunia) satu jua pun.” (Tafsir Bahrul ‘Ulum)

Semoga kita semua dipelihara oleh Allah dari termasuk dalam kalangan orang yang mendapat kehinaan di hari akhirat. Aamiin.

Wallahua’lam 

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum mempermainkan ayat Al-Quran di Facebook Oh! Media 

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top