Connect with us

Oh! Media

Hukum Membaca “صدق الله العظيم” Selepas Membaca Al-Quran

Umum

Hukum Membaca “صدق الله العظيم” Selepas Membaca Al-Quran

SOALAN:
Selalu kita dengar apabila orang selesai membaca al-Quran mereka akan berkata “صدق الله العظيم”. Apakah hukum berkata dengan ucapan tersebut kerana ada juga orang yang berkata ia adalah bid’ah?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Telah berkata oleh Syeikh Athiyah Saqar Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar:

Ucapan pembaca al-Quran atau orang yang mendengar akan al-Quran akan perkataan “صدق الله العظيم” selepas selesai bacaan al-Quran bukannya bid’ah yang dicela kerana beberapa sebab:

  1. Tidak ada satu pun dalil yang melarangnya secara khusus.
  2. Sesungguhnya ucapan tersebut termasuk zikrullah yang disuruh kita perbanyakkannya.
  3. Sesungguhnya para ulama’ menjadikannya sebahagian dari adab membaca al-Quran dan para ulama’ telah menetapkan bahawa membaca ucapan tersebut di dalam solat tidak membatalkan solat.
  4. Sesungguhnya ucapan tersebut atau yang mendekatinya telah datang perintah dengan menyebutnya di dalam al-Quran dan telah tetap bahawa ialah ucapan orang-orang Mukmin ketika berperang.

Firman Allah Taala:

قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا
“Katakanlah bahawa telah benar Allah maka ikutlah kamu sekalian akan agama Nabi Ibrahim sebagai agama yang lurus.” (Al-Imran: 95)

Dan firman Allah:

ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله
“Dan ketika orang-orang Mukmin melihat akan tentera Azhab maka mereka berkata inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya akan kami dan telah benarlah Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Ahzab: 22)

Telah berkata Imam Al-Qurtubi pada permulaan tafsirnya bahawa Imam Al-Hakim dan Imam Tirmidzi telah menyebut tentang adab membaca al-Quran dan menjadikan akan setengah dari adab membaca al-Quran apabila selesai dari membacanya menyebut صدق الله العظيم atau menyebut ayat yang menyerupai akan maknanya.

Tersebut pada fekah mazhab yang empat yang beredar di Mesir, berkata ulama’ mazhab Hanafi:

لو تكلَّم المصلى بتسبيح مثل . صدق اللّه العظيم عند فراغ القارئ من القراءة لا تبطل صلاته إذا قصد مجرد الثناء والذكر أو التلاوة
“Jikalau orang yang solat memuji Allah sebagai contoh menyebut صدق الله العظيم ketika selesai dia dari bacaan al-Quran maka tidak batal solatnya apabila bertujuan semata-mata memuji Allah atau zikir atau tilawah.”

Dan berkata ulama’ mazhab Syafie:

لا تبطل مطلقا بهذا القول
“Tidak membatalkan solat sama sekali dengan ucapan ini.”

Lalu bagaimana mungkin tuduhan orang zaman sekarang yang berkata ucapan صدق الله العظيم selepas membaca al-Quran itu sebagai bid’ah?

Apakah perlu diulang-ulang amaran dan peringatan dari sikap tergesa-gesa mengeluarkan hukum fekah sebelum bersungguh-sungguh mendapatkan yang sahihnya?

Firman Allah Taala:

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون
“Jangan kamu sekalian memandai-mandai berkata-kata dengan lidah kamu akan pendustaan bahawa ini halal dan ini haram supaya kamu membuat pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang membuat pembohongan terhadap Allah sama sekali tidak akan berjaya.” (An-Nahl: 116)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas