Connect with us

Oh! Media

Hukum Melakukan Solat Sunat Taubat

Umum

Hukum Melakukan Solat Sunat Taubat


SOALAN 

Ohmedia pasti ada diantara kita yang ingin tahu adakah wajib untuk melakukan solat taubat dan bagaimana caranya. Selain itu, adakah dosa kita akan dibicarakan lagi pada hari kiamat walaupun kita sudah bertaubat?

JAWAPAN 

Solat taubat hukumnya adalah sunat bukannya wajib dan yang wajib ialah taubat itu sendiri walau pun dari dosa yang kecil.

ADVERTISEMENT

Solat sunat taubat dikerjakan sekurangnya dua rakaat seperti solat sunat yang lain dan sunat dibaca akan surah selepas membaca fatihah.

Dan selepas memberi salam sebaiknya dibanyakkan mengucap istighfar sambil hati ingat kepada Allah dengan penuh rasa takut di azab oleh Allah di akhirat nanti dan dengan penuh mengharap Allah akan menerima taubatnya.

Boleh dkerjakan solat sunat taubat ini samada pada waktu siang atau pun malam.

Siapa yang bertaubat dan diterima akan taubatnya itu nescaya kesalahan dan dosa yang dia lakukan itu terhapus dari buku amalannya tidak akan dibicarakan lagi pada hari kiamat.

Telah berkata Syeikh Muhammad bin Umar An-Nawawi :


و منه صلاة التوبة و هى ركعتان قبل التوبة ينوى بهما بنة التوبة و تصحان بعدها و التوبة واجبة على الفور و لو من صغيرة و تاخيرها ذنب تجب التوبة منه و لا يعد تاخير التوبة باتيان الركعتين لاجلها لانها من و سائلها و فائدة التوبة انها حيث صحت كفرت الذنب و لو كبيرة


Artinya : “Dan setengah daripada solat-solat sunat itu ialah solat taubat dan yaitu dua rakaat sebelum bertaubat dan berniat ia dengan dua rakaat itu dengan niat bertaubat. Dan sah kedua rakaat itu selepas dari bertaubat.
Dan bertaubat itu wajib dengan bersegera sekali pun dari dosa yang kecil. Dan melambatkan taubat itu mewajibkan bertaubat pula darinya dan tidak dikira melambatkan taubat dengan melakukan dua rakaat solat taubat dari kerana bahawasanya ia adalah dari jalan kepada taubat.
Dan sungguhnya taubat yang sah itu memadamkan bagi segala dosa sekali pun dosa besar.” (Kitab Nihayah Zain)

KESIMPULAN

Solat taubat itu hukumnya adalah sunat bukannya wajib.

Ada pun taubat maka hukumnya adalah wajib samada dari dosa besar atau dosa kecil.

Taubat yang benar dan diterima oleh Allah akan memadamkan dosa dari buku amalannya maka tidak akan disebut lagi pada hari kiamat.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca hukum melakukan solat sunat taubat di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas