Connect with us

Oh! Media

Hukum Makan Belalang

Fbdjpg

Umum

Hukum Makan Belalang

Soalan:
Apakah hukum makan belalang?

Jawapan:
Hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata:

سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى عَنْ قَتْلِ الْجَرَادِ، فَقَالَ غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سِتَّ غَزَوَاتٍ نَأْكُلُ الْجَرَادَ
Aku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan). [Sahih Muslim (1952), Sunan Abi Dawud (4357), Sunan al-Nasa’ie (4357)]

IKLAN

Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ
Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai; ikan dan belalang. [Sunan Ibn Majah (3218)]

Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana kedua-dua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur.
[Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72]

Terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, yang menceritakan satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk mengerjakan haji dan umrah, dan mereka terserampak dengan sekelompok belalang, lalu mereka membunuhnya. Baginda SAW pun bersabda:

كُلُوهُ فَإِنَّهُ مِنْ صَيْدِ الْبَحْرِ
Makanlah ia, kerana ia sama jenisnya dengan binatang buruan di laut (yang halal dimakan). [Sunan Ibn Majah (3222)]

Ibnu Qudamah pula menyebutkan riwayat dari Ibnu Umar, bahawa suatu hari ada belalang goreng dihidangkan kepada beliau. Ibn Umar mengatakan, cara memasak belalang ialah dengan dipatahkan sayapnya, kemudian dimasukkan ke dalam minyak dan digoreng dalam keadaan ia masih hidup.
[Rujuk Al-Mughni, 11/43]

Kesimpulannya, hukum makan belalang adalah harus berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas.

Wallahu a’lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas