Connect with us

Oh! Media

Hukum Letak Al-Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

Umum

Hukum Letak Al-Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

ADVERTISEMENT
Soalan:
Adakah dibolehkan perbuatan setengah orang yang meletakkan al-Quran di bawah bantal tidurnya? Bagaimana pula jika diletakkan kitab-kitab agama di bawah bantal? Dan apa pula hukum orang yang meletak al-Quran di atas lantai sahaja tidak diletakkan di tempat yang tinggi?
Jawapan:
Hukum meletakkan al-Quran atau mushaf di bawah bantal tidur adalah haram hukumnya kerana pada perbuatan ini ada rupa merendah-rendahkan al-Quran yang sangat mulia..
Berkata Imam Suyuthi :
ويحرم توسده بالاتكاء لأن فيه إذلالاً له وامتهاناً، أو مدّ الرجلين إليه
“Dan haram hukumnya berbantalkan al-Quran dan bertekan atasnya kerana padanya ada rupa menghina dan meringankan atau melunjurkan dua kakinya kepada al-Quran.” (Kitab Al-Itqan)
Berkata Imam Az-Zarkasyi :
ويحرم توسد المصحف لأن فيه إذلالاً وامتهاناً، وكذلك مدّ الرجلين إلى شيء من القرآن
“Dan haram berbantalkan mushaf kerana sungguhnya pada perbuatan ini penghinaan dan merendah-rendahkan. Begitu juga haram menghalakan dua kaki kepada suatu daripada al-Quran.” (Kitab Al-Burhan)
Berkata Qadhi Husain :
 لا يجوز توسد المصحف ولا غيره من كتب العلم 
“Dan tidak harus berbantalkan mushaf dan kitab-kitab ilmu agama yang lain.” (Al-Majmu’)
Tersebut pada kitab Mausu’atul Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah (22/14):
وقد أجمع العلماء على حرمة امتهان واحتقار القرآن، وعلى وجوب احترام المصحف وصيانته , وبهذا لا يجوز توسده
“Sungguhnya telah ijma’ para ulama’ atas haram meringan-ringankan dan menghina al-Quran dan telah ijma’ mereka atas wajib memuliakan mushaf dan memeliharanya. Dan kerana itulah tidak harus berbantalkannya.”
Berkata Al-Bahuti :
وكذا كتب العلم التي فيها قرآن، وإلا بأن لم يكن في كتب العلم قرآن كره توسدها 
“Dan seperti itu juga haram hukumnya segala kitab ilmu agama yang ada di dalamnya al-Quran. Dan jika tiada di dalam kitab-kitab ilmu itu al-Quran maka makruh berbantalkannya.” (Kasyful Qina’)
Menjaga kesucian al-Quran dan memuliakan dan menghormatinya adalah wajib.
Berkata Imam Nawawi:
أجمع المسلمون على وجوب صيانة المصحف واحترامه
“Telah ijma’ ulama’ Islam atas wajib memelihara mushaf dan menghormatinya.” (Kitab At-Tibyan)
Jika meletakkan al-Quran di atas lantai bukan kerana merendah-rendahkannya maka tidak haram hukumnya tetapi lebih baik ia letakkan di atas sesuatu yang tinggi daripada lantai.
Jika diletakkan pada lantai yang ada rupa tidak menghormatinya seperti berdekatan dengan kasut atau seumpamanya maka hukumnya haram jika dengan sengaja.
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas