Connect with us

Oh! Media

Hukum Gugurkan Kandungan

Umum

Hukum Gugurkan Kandungan

SOALAN:
Apakah hukumnya seorang wanita yang hamil selama 5 bulan menggugurkan kandungannya itu kerana tidak mahu melahirkan anak itu?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Tersebut pada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Mesir:

اتفق الفقهاء على أنه إذا بلغ عمر الجنين في بطن أمه مائة وعشرين يومًا وهي مدة نفخ الروح فيه فإنه لا يجوز إسقاط الجنين ويحرم الإجهاض قطعًا في هذه الحالة؛ لأنه يعتبر قتلًا للنفس التي حرَّم الله قتلها إلا بالحق؛ لقول الله تعالى: ﴿وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكَمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ﴾ [الأنعام: 151]، ولقوله تعالى: ﴿وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلَّا بِالْحَقِّ﴾ [الإسراء: 33]، أما إذا لم يبلغ عمر الجنين في بطن أمه مائةً وعشرين يومًا فقد اختلف الفقهاء في حكم الإجهاض: فبعضهم قال بالحُرمة، وهو المُعتَمَد عند المالكية والظاهرية. وبعضهم قال بالكراهة مطلقًا، وهو رأي بعض المالكية. وبعضهم قال بالإباحة عند وجود العذر، وهو رأي بعض الأحناف والشافعية.
دار الإفتاء المصرية

“Telah sepakat sekalian ulama’ fekah atas bahawasanya apabila sampai usia janin di dalam perut ibunya 120 hari iaitu masa ditiupkan roh padanya maka sesungguhnya tidak boleh dia gugurkan janin tersebut dan pengguguran tersebut adalah haram hukumnya pada keadaan ini.

Ini adalah kerana sesungguhnya ia dikira sebagai membunuh satu nyawa yang telah Allah haramkan membunuhnya melainkan dengan sebenar.

Firman Allah:

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكَمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
“Dan jangan kamu semua membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kami yang memberikan kamu dan sekalian manusia akan rezeki.” (Al-Isra’: 33)

Adapun apabila belum sampai usia janin di dalam perut ibunya 120 hari maka sesungguhnya telah bersalahan ulama’ fekah pada hukum menggugurkannya. Maka setengah mereka itu berpendapat dengan haram juga dan iaitu pendapat yang muktamad di sisi mazhab Maliki dan Zahiriah. Dan setengah mereka itu berpendapat makruh semata-mata dan ia adalah pendapat sebahagian mazhab Maliki. Dan setengah mereka itu berpendapat hukumnya adalah harus jika ada uzur dan ialah pendapat sesetengah ulama’ Hanafi dan ulama’ mazhab Syafie.”

(Darul Ifta Negeri Mesir)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas